PETALING JAYA: Dramatis Wan Maimunah memohon agar tiada lagi pihak yang menyebarkan fitnah kononnya dia telah meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Alor Gajah, Melaka sejak Sabtu lalu.
“Wan Maimunah minta tolong… jangan lagi buat fitnah macam ni”- Rayuan Wan Maimunah ini buat netizan sebak |
Wan Maimunah menerusi rakaman video yang dikirimkan kepada mStar Online melalui presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave yang melawat pelakon itu memberitahu dia masih lagi bernyawa dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang tuduhan.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang saya ada bersama dengan Datuk DJ Dave yang datang menziarahi saya.
ARTIKEL MENARIK: “Saya tak naz4k, pandai-pandai jer cakap hidup tak lama” – Ardell Aryana
“Dia saksikan, Allah masih sayangkan saya, masih bagi saya nyawa dan nafas.
DJ Dave menziarahi Wan Maimunah di Hospital Alor Gajah, Melaka pada Khamis.
“Apa yang digembar-gemburkan dalam YouTube itu adalah fitnah semata-mata,” katanya.
Pemilik nama sebenar Wan Maimunah Wan Aziz, 64, itu dimasukkan ke hospital berkenaan akibat sesak nafas dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Pada akhir November 2016, pelakon terkenal dengan watak air mata itu pernah dimasukkan di Hospital Jasin, Melaka akibat komplikasi penyakit yang sama dan jantung bengkak.
Dalam pada itu, Wan Maimunah yang turut mengalirkan air mata dalam mesejnya memberitahu fitnah yang tersebar itu akan menyusahkan orang lain termasuk kaum keluarganya.
Malah paling membimbangkan sekiranya berita tidak benar itu sampai ke pengetahuan anaknya yang kini bekerja di luar negara.
Pelakon Jasmin Hamid memaklumkan mengenai keadaan Wan Maimunah di Instagram miliknya.
“Anak saya jauh di luar negara, kalau dia dapat tahu macam mana? Signal telefon di hospital pun kadang-kadang tidak berapa baik.
“Jadi minta tolong, janganlah suka buat fitnah macam ini kepada yang lain-lain… Menyusahkan orang lain,” jelasnya.
Tambahnya, dia tidak berasa marah apabila difitnah sebegitu dan merayu agar menghentikan perbuatan itu kepada orang lain juga.
“Allah masih sayangkan saya. Saya tak marah pada orang yang fitnah tapi tolong, sya merayu jangan buat dekat orang lain. Terima kasih, Assalamualaikum,” katanya.
Dalam lawatan itu DJ Dave turut menghulurkan sumbangan bagi pihak yayasan diwakilinya kepada Wan Maimunah.
VIDEO:
sumber: mstar
“Allah masih sayangkan saya. Saya tak marah pada orang yang fitnah tapi tolong, sya merayu jangan buat dekat orang lain. Terima kasih, Assalamualaikum,” katanya.
Dalam lawatan itu DJ Dave turut menghulurkan sumbangan bagi pihak yayasan diwakilinya kepada Wan Maimunah.
VIDEO:
sumber: mstar
Post a Comment