Singapura bertegas tidak akan runding harga air dengan Malaysia

Singapura bertegas tidak akan runding harga air dengan Malaysia

Singapura tidak mengadakan sebarang rundingan dengan Malaysia berhubung rundingan semula harga air, Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean dilaporkan sebagai berkata oleh portal berita dalam talian, TODAY.

Singapura bertegas tidak akan runding harga air dengan Malaysia
Singapura bertegas tidak akan runding harga air dengan Malaysia

Menurut portal itu, Teo ditemui media semasa melawat ke Loji Reklamasi Air Changi di Singapura hari ini.

Beliau telah ditanya sama ada Malaysia telah menghubungi Singapura secara rasmi mengenai isu air, dan sama ada Singapura mengadakan rundingan dengan Malaysia.

ARTIKEL MENARIK: Beberapa hari sebelum SST bermula, Ahmad Maslan dedahkan sesuatu yang tak disangka


Jawapan Teo adalah “tidak” dan timbalan perdana menteri Singapura itu tidak mengulas lanjut, kata laporan itu.

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, telah beberapa kali menyatakan hasrat Malaysia untuk menyemak semula Perjanjian Air 1962 dan kemungkinan menaikkan harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura sebanyak lebih daripada 10 kali ganda.




Ketika mengulas isu itu buat kali pertama, Perdana menteri Singapura Lee Hsien Loong pada 19 Ogos berkata: “Perjanjian air tidak boleh disentuh. Kita perlu meneruskan perjanjian itu dengan ketat mengikut terma-termanya.”

Lee berkata demikian semasa Rapat Hari Kebangsaan.

Perjanjian Air 1962 ialah perjanjian air kedua yang ditandatangani oleh republik itu dengan negeri Johor.

Di bawah perjanjian itu yang akan berakhir pada 2061, Singapura berhak menerima bekalan 250 juta gelen air mentah dari Sungai Johor setiap hari pada harga 3 sen (S$0.01) bagi setiap 1,000 gelen.

Sebagai balasan, Johor berhak menerima sehingga lima juta gelen atau peratus daripada air yang dibekalkan ke Singapura pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

-Bernama



sumber: wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post