SHAH ALAM:
Sebuah syarikat televisyen swasta terpaksa dikosongkan serta-merta selepas dikatakan menerima laporan ancaman bom dalam premis itu, malam tadi.
Seorang kakitangan dedahkan identiti lelaki yang membuat panggilan ancaman bom terhadap Stesen TV 3 |
Menurut sumber, kesemua kakitangan diarah keluar sehingga Unit Pengesan Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tindakan lanjut.
“Situasi itu benar berlaku dan bukannya latihan. Ancaman panggilan itu dikatakan dari seseorang dan semua kakitangan berada di luar bangunan,” katanya kejadian sudah dimaklumkan kepada pihak polis.
ARTIKEL MENARIK: Bangunan Media Prima dikosongkan serta merta. Ini yang berlaku
Seorang kakitangan syarikat itu menerusi rakaman siaran langsung di media sosial berkata ketika kejadian dia dan beberapa rakan sepejabat sedang bermesyuarat sebelum melihat kehadiran polis.
Anggota polis mengarahkan mereka yang berada dalam bangunan itu keluar dengan serta-merta.
“Apabila ditanya, anggota polis beritahu ada panggilan ancaman bom di sini (syarikat televisyen swasta terbabit).
“Kami difahamkan panggilan itu dibuat seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi,” katanya.
Sementara itu Sinar Harian difahamkan, Unit Pengesan Anjing (K9) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut berada di lokasi bagi melakukan pemeriksaan.
Bangunan Media Prima dikosongkan serta merta,Berita TV3 Nightline tidak dapt disiarkan, Ramai Perkerja TV3 Ketakutan.
Kemaskini 2.30am | Bangunan Seri Pentas di Bandar Utama dikosongkan malam ini berikutan ancaman bom.
Saksi di tempat kejadian memberitahu Malaysiakini bahawa polis mengeluarkan arahan mengosongkan bangunan sekita pukul 10.30 malam.
Kira-kira 200 kakitangan Media Prima kemudian bertindak keluar dari bangunan itu.
Bagaimanapun mereka dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan selepas pemeriksaan selama dua jam tidak menemui sebarang alat atau objek mencurigakan.
Bercakap dengan pemberita di tempat kejadian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.20 malam oleh seorang lelaki yang mendakwa telah memberi arahan kepada pengikutnya untuk meletakkan bom di bangunan itu.
“Tindakan pertama kita adalah (mengarahkan) mengosongkan bangunan dan selepas itu kita telah membuat pembersihan bersama dengan unit pemusnah bom dari IPK Selangor dan IPD Petaling Jaya,” katanya (gambar).
Operasi selesai kira-kira pukul 1.20 pagi.
TV3 juga menyiarkan pengumuman di saluran itu berhubung pembatalan rancangan berita Nightline “atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan”.
Malaysiakini juga difahamkan unit pengesan bom PDRM tiba kira-kira pukul 11.40 malam untuk mengendalikan situasi itu.
Difahamkan sebuah trak bomba dengan enam bomba, anggota polis dan satu unit K9 PDRM (unit pengesan anjing) serta ambulans ditempatkan di luar bangunan sebagai langkah berjaga-jaga.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada polis berhubung insiden itu pada pukul 11.19 malam.
Menurut Zani, kejadian itu akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.
Bangunan Mediaprima TV3 di Bandar Utama menerima panggilan ancaman bom pada jam 10.40 malam tadi. Sehubungan itu, siaran berita nightline tidak disiarkan.
Posted by Malaysianews TV on Tuesday, 28 August 2018
Difahamkan sebuah trak bomba dengan enam bomba, anggota polis dan satu unit K9 PDRM (unit pengesan anjing) serta ambulans ditempatkan di luar bangunan sebagai langkah berjaga-jaga.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada polis berhubung insiden itu pada pukul 11.19 malam.
Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din, yang dipercayai berada di sana, untuk pengesahan.
TV3 juga menyiarkan pengumuman di saluran itu berhubung pembatalan rancangan berita Nightline “atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan”.
Semua staf Sri Pentas, Bandar Utama diarah meninggalkan bangunan susulan dakwaan ancaman bom di bangunan tersebut pic.twitter.com/rRfVswOfZ6— BERNAMA (@bernamadotcom) August 28, 2018
sumber: malaysiakini, astroawani
Post a Comment