Punca Pergaduhan Besar Pasukan Bola Sepak Malaysia Vs UAE Semalam

Punca Pergaduhan Besar Pasukan Bola Sepak Malaysia Vs UAE Semalam

Malam tadi telah berlangsung perlawanan persahabatan antara Malaysia Bawah 23 (B-23) dengan Emiriah Arab Bersatu Bawah 23 (B-23) di Stadium Shah Alam.

Punca Pergaduhan Besar Pasukan Bola Sepak Malaysia Vs UAE Semalam
Punca Pergaduhan Besar Pasukan Bola Sepak Malaysia Vs UAE Semalam

Malaysia hebat beraksi malam tadi dan berjaya mendahului UAE dua gol berbalas kosong.

Namun di saat akhir berlaku satu pergaduhan besar di atas padang antara pemain-pemain kedua-dua belah pasukan.

ARTIKEL MENARIK: (Video) Aksi pergaduhan cemari perlawanan Malaysia-UAE


Ini videonya:



PUNCA PERGADUHAN

Ramai yang nak tahu kenapa sampai gaduh besar macam itu.

Pergaduhan bermula di tengah padang apabila ada pemain UAE tak puas hati dengan pemain negara, mungkin kerana kecewa dengan permainan sendiri yang sedang ketinggalan.

Perasaan membuak menyababkan pemain UAE bertindak luar kawalan sehingga cetuskan perbalahan di padang sebelum ia merebak keseluruh pemain termasuk di bangku simpanan.

Seorang pemain Malaysia, Muhamad Syazwan menceritakan semula detik pergaduhan besar itu.

Syazwan berkata insiden tercetus secara spontan selepas pemain UAE, Mohammad Khalfan telah menyiku pemain negara, Muhammad Adib Zainudin.



Ini komen pemain negara: (via Berita Harian)

"Saya tahu mereka ada meludah dan pijak tetapi yang (insiden) dengan Adib itu saya dapat lihat jelas depan mata saya. Adib cuma halang dia tetapi tiba-tiba dia (Mohammad Khalfan) naik tangan dan ketika itu Adib berdarah di bahagian bibir.

"Ia spontan kerana saya bukan orang seperti itu. Ia diluar kawalan namun apa pun saya juga ada silap kerana ketika sedang mendahului, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku.

"Kalau ikutkan mereka yang cetuskan dulu. Ini pengajaran dan pembelajaran untuk kami. Kami perlu kawal diri dan mengelak situasi ini ketika sedang mendahului pasukan lawan bagi mengelak 'rugi pemain dan tenaga',"
 


Bagaimanapun, pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee beraksi dengan baik dalam perlawanan itu bagi menghadapi pertandingan sebenar di Indonesia untuk Sukan Asia.

Dalam perlawanan Malaysia vs UAE itu, Malaysia menjinakkan pasukan lawan dengan mendahului dua gol menerusi tandukan  Safawi Rasid pada minit ke-27 dan gol minit  ke-64 hasil gerakan solo menarik Mohammad Akhyar Abdul Rashid.

Semoga Malaysia berjaya di Sukan Asia nanti. -PENMERAH

Sumber: BH 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post