Pelakon Gerak Khas, Nizen Ayob meninggal dunia

Pelakon Gerak Khas, Nizen Ayob meninggal dunia

PETALING JAYA: Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob telah meninggal dunia pada pukul 11.55 pagi Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Pelakon Gerak Khas, Nizen Ayob meninggal dunia
Pelakon Gerak Khas, Nizen Ayob meninggal dunia

Menurut pelakon Salina Saibi, doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

“Saya dimaklumkan oleh kakak ipar arwah, doktor telah mengesahkan Nizen meninggal dunia kerana masalah buah pinggang.

ARTIKEL MENARIK: Arwah Nizen Ayob pernah disihir, keluar paku dan rangka gigi dari badan


“Jenazahnya akan dimandi dan dikafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor,” katanya.

Dalam pada itu, berita sedih itu turut dikongsi pelakon Sheera Iskandar menerusi laman Instagramnya.

“Innalillahiwainailaihirojiun. Sahabat kami Nizen Ayob baru sahaja pergi menghadap Illahi.


Sheera berkongsi berita sedih di laman Instagranya.

“Mohon doa dari semua moga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.

“Semoga kau tenang di sana Nizen. Al Fatihah,” tulis Sheera.

Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post