Pelajar Malaysia Manja, Harapkan Bantuan Kerajaan Untuk Lanjutkan Pelajaran..

Pelajar Malaysia Manja, Harapkan Bantuan Kerajaan Untuk Lanjutkan Pelajaran..

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menyifatkan pelajar Malaysia manja kerana sudah biasa bergantung kepada bantuan kerajaan berbanding pelajar di Indonesia yang mempunyai peluang amat terbatas disebabkan populasinya terlalu ramai.

Pelajar Malaysia Manja, Harapkan Bantuan Kerajaan Untuk Lanjutkan Pelajaran..
Pelajar Malaysia Manja, Harapkan Bantuan Kerajaan Untuk Lanjutkan Pelajaran..

Pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia, Dr Azmil Mohd Tayeb mengulas penangguhan program biasiswa untuk sarjana dan doktor falsafah, MyBrain15.

Azmil berkata, pelajar Malaysia sepatutnya berdaya saing dan berusaha mencari peluang atau alternatif lain untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

ARTIKEL MENARIK: Najib Penuh Yakin Beliau Masih Pemimpin Yang Diperlukan Rakyat. Ini Kejadian Semasa Beliau Berucap.


“Walaupun MyBrain15 dibekukan, kita sepatutnya tidak boleh mengharapkan dana kerajaan, tetapi pelajar di Malaysia seharusnya mencari inisiatif lain jika ingin menyambung ijazah sarjana dan PhD.

“Ramai pelajar Indonesia yang memerlukan bantuan kewangan untuk menyambung ijazah sarjana dan PhD melihat peluang yang ada dari negara lain.



“Mereka berusaha ke negara lain seperti Jerman yang menawarkan program pelajaran percuma,” katanya kepada FMT.


MyBrain adalah skim pembiayaan pengajian ijazah sarjana dan kedoktoran (PhD) yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional sejak 2008 untuk meningkatkan jumlah pemegang PhD dan ijazah sarjana bagi mencapai sasaran 60,000 graduan menjelang 2023.

Kerajaan terdahulu di bawah Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27 Oktober 2017 memperuntukkan RM90 juta menerusi program MyBrain15 untuk 10,600 penerima melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Pada 25 Julai lalu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dilaporkan berkata, MyBrain15 terpaksa ditangguhkan dengan alasan kerajaan menanggung bebanan hutang terlalu banyak, selain berdepan kekangan aspek kewangan negara.

Bagaimanapun, Maszlee pada Khamis lalu berkata, keputusan menangguhkan program MyBrain15 disebabkan peruntukan RM90 juta tidak pernah sampai kepada kementeriannya.

Beliau mendakwa ia adalah langkah politik kerajaan terdahulu, memandangkan peruntukan RM90 juta sememangnya tidak cukup menampung keseluruhan pegajian penerima.

Sementara itu, pensyarah Universiti Tun Abdul Razak, Prof Barjoyai Bardai mengingatkan kerajaan tidak menangguhkan MyBrain15 terlalu lama bagi mengelakkan pelajar yang bercadang menyambung pelajaran ke lebih tinggi terjejas.

“Ada kemungkinan perancangan MyBrain pada masa lalu tidak strategik dan kerajaan baru mahu buat penstrukturan semula. Mungkin kerajaan baru mempunyai idea tersendiri untuk mengubah struktur MyBrain mengikut haluan mereka.” - FMT

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post