“Najib Ajar Rakyat Malaysia Suka Harap Duit Percuma” – Tun Mahathir dedah kesan atas tindakan Najib terdahulu

“Najib Ajar Rakyat Malaysia Suka Harap Duit Percuma” – Tun Mahathir dedah kesan atas tindakan Najib terdahulu

Memang diakui semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN), kerajaan itu banyak beri insentif dan wang percuma seperti BR1M dan lain-lain.

“Najib Ajar Rakyat Malaysia Suka Harap Duit Percuma” – Tun Mahathir dedah kesan atas tindakan Najib terdahulu
“Najib Ajar Rakyat Malaysia Suka Harap Duit Percuma” – Tun Mahathir dedah kesan atas tindakan Najib terdahulu

Namun, sikap pentadbiran sebelum ni yang kerap limpahkan wang ringgit jadikan rakyat Malaysia suka mengharap duit percuma, lapor Malaysiakini.

ARTIKEL MENARIK: Akhirnya KJ dengan rasminya letak Jawatan



brim.jpg

Sumber: Blog
Menurut Tun M, perkara ni tak boleh lagi diteruskan kerana kerajaan hari ni kekurangan duit untuk diberikan kepada rakyat.

“Orang berharap untuk kita (kerajaan) bagi duit percuma kepada mereka sebab ini perangai yang dipupuk oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Dia bagi wang sesuka hati, dan kini orang harap kita bagi mereka duit sesuka hati. Tapi kita tak ada duit,” kata Tun M.

Lebih pedas kata Mahathir, kerajaan hari ni kurang duit sebab mereka ‘tak curi duit macam Najib’. Malah kerajaan sekarang juga banyak menggunakan wang untuk bayar hutang daripada pentadbiran BN. Ouch!

a4296073a9f108c0621d8020fe38c4c4.jpeg

Sumber: Malaysiakini

Dalam perkembangan sebelum ni, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapati bayaran balik GST kurang RM18 bilion. Beliau jugak mendakwa jumlah wang berkenaan disalah guna oleh kerajaan BN untuk tebus defisit, membiayai projek pembangunan dan diguna ‘sesuka hati’.



Pun begitu, Lim enggan kaitkannya dengan Najib dan menyatakan bekas ketua perbendaharaan negara, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah tahu mengenainya. Malah, difahamkan juga dana GST telah digunakan untuk membayar BR1M kepada rakyat.


brim-1.jpg

Sumber: mStar
Siapa yang tak suka wang percuma kan? Tapi percuma-percuma pun ada batasnya jugak…
sumber: lobakmerah

Rakyat harap duit percuma ikut tabiat kerajaan Najib, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir cabar Najib yang terkenal dengan alasan ‘tidak tahu’ buktikan jika benar duit RM18 bilion cukai GST tidak hilang seperti didakwa Guan Eng. – Foto Nikkei Asian Review

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan dakwaannya wang bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM19.4b tidak ‘hilang’ seperti didedahkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di dewan rakyat tempohari.

“Lim Guan Eng cakap hilang, Najib kata tidak hilang – kalau tidak hilang, Najib mesti tunjukkan kepada kita ke mana pergi duit itu?” katanya kepada wartawan di Pameran Lukisan ’Tun M Forever a Legacy’ di Universiti Perdana hari ini.

Sebelum itu, Lim Guan Eng mendedahkan akaun amanah di mana kerajaan memasukkan wang bayaran balik GST mengalami kurangan sebanyak RM18 bilion.

Sementara itu, apabila ditanya berhubung kenyataan Najib yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin menggunakan wang yang “hilang” itu untuk menampung perbelanjaan bulanannya, Dr Mahathir berkata kerajaan memang kekurangan dana.

“Kita memang tak cukup duit sebab nak lunaskan hutang. Banyak duit sudah dihabiskan untuk itu.

Powered By Geniee

Connect With Your Slavic Soulmate Here

Dokter telah menemukan penyebab bau busuk dari mulut! Baca disini

Kuala Lumpur Wife’s 3-Year Secret Is Finally Exposed By Husband

“Rakyat pula turut berharapkan duit secara percuma daripada kita kerana mendapat tabiat itu daripada pemerintahan Najib,” katanya.

Beliau berkata, sikap Najib yang suka memberi duit kepada rakyat menyebabkan rakyat menaruh harapan tinggi kepada kerajaan sekarang untuk melakukan perkara yang sama.

“Sekarang ni mereka sedang berharap kita bagi duit, tapi kita tiada duit. – Kita tidak mencuri duit seperti yang Najib buat,” katanya.

sumber: malaysianreview

VIDEO:



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post