Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menjelaskan bahawa kementeriannya tersilap mengumumkan jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST yang sebelum ini didakwa diseleweng oleh kerajaan pentadbiran BN.
'Maaf Saya Silap, Jumlah Bayaran Balik GST Diseleweng Lebih Besar' |
Bercakap di dalam Dewan Rakyat, Lim berkata jumlah kekurangan sebenar adalah lebih besar daripada yang didedahkannya sebelum ini iaitu sebanyak RM19.248 dan bukannya RM17.911 bilion.
ARTIKEL MENARIK: Kenangkan Nasib Rakyat, Sakit Hati Tengok Betapa Mewahnya Kapal Equanimity – Guan Eng
"Saya ingin memohon maaf kepada Tuan Yang Dipertua ke atas kesilapan ini. Akan tetapi, adalah lebih baik kami telus, jujur dan berterus-terang dengan Dewan Yang Mulia ini daripada menyembunyikan perkara sebegini seperti kerajaan yang lalu.
"Tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan aliran tunai kerajaan persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran yang berleluasa dan pertambahan hutang yang besar.
"Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh pentadbiran lama merupakan pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik cukai untuk kegunaan lain atau untuk menutup defisit supaya mereka dapat menunjukkan keadaan lebihan," katanya.
Lim menjelaskan bahawa kesilapan itu tidak disengajakan berlaku setelah pegawai pejabatnya tersalah meletakkan titik perpuluhan.
Sebelum ini, Lim mendedahkan bahawa RM19.397 bilion bayaran balik GST seharusnya dibayar sejak 2015 namun hanya ada RM1.486 bilion dalam tabung amanah bayaran balik berkenaan.
Itu bererti kekurangan sebanyak RM17.911 bilion.
Bagaimanapun, dalam penjelasan terbaru Lim berkata angka untuk baki yang sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik adalah sekitar RM148.6 juta sahaja, dan bukannya RM1,486 juta seperti yang diumumkan minggu lalu.
Itu bererti kekurangan sebenar adalah sebanyak RM19.248 bilion.
VID
Sumber: Malaysiakini
Post a Comment