Khairy Jamaluddin Buat Laporan Polis Tentang Isu Wang GST RM19 Bilion Dirompak

Khairy Jamaluddin Buat Laporan Polis Tentang Isu Wang GST RM19 Bilion Dirompak

Wang GST milik peniaga tidak ‘dirompak’ kata Zahid

Khairy Jamaluddin Buat Laporan Polis Tentang Isu Wang GST RM19 Bilion Dirompak
Khairy Jamaluddin Buat Laporan Polis Tentang Isu Wang GST RM19 Bilion Dirompak

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap bersangka baik dengan meyakini RM18 bilion bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sepatut dipulangkan kepada peniaga sebenarnya masih ada.

ARTIKEL MENARIK: Najib Mungkin Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup


Kata bekas timbalan perdana menteri itu, beliau percaya wang berkenaan masih berada dalam akaun yang disatukan (consolidated account) milik kerajaan.

“Saya tidak fikir itu satu kehilangan (dana) kerana ia dimasukkan ke dalam akaun yang disatukan.

“Jadi, wang itu harus berada dalam kumpulan dana yang disatukan itu,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Dua hari lalu, Menteri Kewangan ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat mendakwa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Lim Guan Eng sekali lagi membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat semalam dengan berkata audit dalaman dan pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapati sejumlah RM18 bilion ‘hilang’ dari tabung bayaran balik GST.


Ekoran dakwaan itu anggota parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – Malaysia KINI

KJ lapor polis RM18b wang GST ‘dirompak’

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin tiba di IPD Sentul, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai RM19 bilion wang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ‘dirompak’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Khairy dijangkakan akan membuat sidang media di Parlimen pada 3 petang ini.

Video Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempersoalkan pembayaran balik kerajaan dahulu

Kredit : buletin netizen

Kredit : kicappedas

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post