PELABUHAN KLANG – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu membelanjakan sehingga RM3 juta setiap bulan bagi penyelenggaraan kapal persiaran mewah, Equanimity, sekiranya proses penjualan atau lelongan gagal dilakukan.
Kerajaan tanggung kos selenggara Equanimity RM3j sebulan |
Peguam syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jeremy Joseph berkata memandangkan kapal mewah itu kini selamat tiba di Malaysia, tugas menyelenggara kini perlu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.
“Kita juga meminta agar kapal itu dijual kerana ia agak mahal untuk diselenggara dan kini ditanggung oleh kerajaan.
ARTIKEL MENARIK: Lokman Adam Katakan Sesuatu Selepas Kekalahan Kepada PKR Di Sungai Kandis
“Malah penyelenggaraan kapal ini akan menelan (dijangka) belanja sehingga RM3 juta sebulan,” katanya pada sidang media di Terminal Boustead Cruise Center, di sini, hari ini.
Terdahulu kapal mewah yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low tiba pada jam 12.25 tengahari di sini selepas berlepas dari pelabuhan Batam petang semalam.
Kerajaan Indonesia menyerahkan Equanimity kepada kerajaan Malaysia atas permintaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semasa melakukan kunjungan ke negara jiran itu, Jun lalu.
Sebelum ini, kapal yang dikaitkan dengan 1MDB itu telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia berhubung siasatan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.
Sementara itu, Joseph berkata, mahkamah akan memulakan prosiding terhadap kapal persiaran mewah itu khususnya dalam usaha mendapatkan pengisytiharan pemilikan pada Januari depan.
“Biasanya ambil masa enam hingga sembilan bulan dan boleh jadi lebih awal bergantung kepada pemilikan kapal itu dituntut oleh pihak lain,” katanya. – MalaysiaGazette
Post a Comment