Assalamualaikum. terima kasih sekiranya admin post confession aku ni. nama aku mira (bukan nama sebenar), umur aku 22 tahun dan aku kerja dalam bidang pendidikan. aku nak cerita pasal diri aku. untuk gadis di luar sana, tolong jadikan cerita aku sebagai pengajaran. dan ini juga pengajaran untuk diri aku.
Kami dah banyak kali terlanjur! Cikgu menyesal diperbodohkan teman lelaki |
aku ada boyfriend. yang aku sayang sangat. sampai aku lupa halal haram. aku nama kan dia Mat (bukan nama sebenar). dia tua aku 2 tahun. aku baru je kenal dia awal bulan 2 tahun ni and couple dalam bulan yang sama lepas dua kali jumpa.
apa yang aku ceritakan ini, perkara ni baru je jadi. selama aku dengan Mat, kami dah banyak kali terlanjur. suka sama suka, rela. and last aku tidur dengan dia, jumaat lepas. aku tau, aku salah sebab mudah bagi maruah dekat lelaki. aku di butakan dengan cinta, sayang. aku terlanjur. masa tu aku tak fikir dah halal haram, aku fikir sayang. ya Allah, ampunkan aku
ARTIKEL MENARIK: Status jantina ditentukan oleh otak bukan pada kemaluan!
oh ye, aku terlupa nak cerita pasal Mat. Mat ni baru buat bisnes sendiri. sebulan perkenalan, dia duduk dekat dengan area kampung aku. masa tu dia kerja kilang kat sini. lepas tu kilang tu ada masalah then dia balik tempat dia kat shah alam. di situlah dia membesar, dan di lahirkan. dia stay sini sebab mak dia kerja sini. fmly dia masih di sini. family dia tak kenal aku sebab tak pernah dikenalkan. tapi family aku kenal dia sebab setiap kali kami jumpa kat rumah aku.
so bila dia dah balik shah alam, first kerja dia buat dia usahakan tanah mak dia. dalam masa yang sama, dia cari kerja kat sana. and aku lah yg banyak tolong dia. aku bukan nak ungkit tapi aku nak korang tau cerita sebenar. aku tolong dia cari kerja, walaupun aku dengan dia jauh, aku usaha juga cari kerja dia melalui Internet. then aku carikan rumah sewa untuk dia. tapi bukan rezeki dia lagi masa tu.
aku selalu bagi semangat kat dia bila dia ada masalah, bila dia down. aku cakap kat dia yang aku tak kan tinggal dia. sebab aku sayang. aku sanggup susah dengan dia. aku tau dia takda duit, aku bank in kn. walaupun dia taknak tapi hati perempuan mana yang sanggup tengok orang yang dia sayang susah. so sekarang, dia dah buka bisnes kecilan and masa mula2 buka, biasalah, still takde customer lagi. tapi alhamdulillah sekarang dia dah dapat dua tiga job.
haritu dia ada tanya aku, aku period belum masa bulan 4. aku tanya, kenapa. dia jawab kalau aku mengandung, dia ajak nikah awal tapi takde majlis. hati aku pun berbunga lah. so harini aku saja test dia, aku cakap kalau aku mengandung macam mana, korang nak tau dia jawab ape?? hahaha dia cakap “gugur kan”. Allahu, terkedu aku kejap. jatuh airmata aku. mudahnya dia.
aku tanya kenapa nak gugurkan, dia cakap dia taknak anak tu malu bila dah besar sebab tak dapat kan bin binti kn nama dia and dia tak boleh jadi wali anak tu kalau anak tu perempuan. aku tanya dia, dia sayang aku ke. dia cakap sayang tapi dia tak sedia nak nikah sebab dia takda kerja tetap lagi. so dia suruh aku gugur and teruskan relay macam biasa. dia cakap memang nak nikah tapi bukan sekarang.
kalau aku taknak gugurkan, dia akan tnggungjawab tapi dia tak kan jumpa aku langsung. dia hanya akan bank in kan duit untuk anak je and dia tak kan nikah dengan aku. ya Allah, hancur hati aku bila baca chat dia. orang yang aku sayang buat aku macam ni.
saat ni baru aku sedar yang aku ni hanya mainan dia je. kalau dia sayang aku, dia tak kan buat aku macam ni. then aku cakap, aku tanya je, bukan nya aku mengandung. pastu dia cakap minggu depan dia nak jumpa aku sebab nak bayar balik duit yang dia pinjam kat aku.
aku dapat rasakan tu hari last kami jumpa da aku rasa dia akan pergi dari hidup aku.
jujur, aku tak kuat. aku sayang dia. tapi dia nak tunjuk perangai dia kat aku. dia lari, taknak tanggungjawab. dia cakap kat aku tadi, sebelum ni pun dia pernah terlanjur and minta perempuan tu gugurkan tapi rupanya perempuan tu tak mengandung.
sampai sekarang aku masih teringat chat dia. last chat dia tadi dia cakap dia nak lepak minum dengan kawan dia. aku sangka dia jujur, rupanya tidak. sampai hati dia.
Mat, terima kasih untuk semua ni. aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni. aku tak sangka Mat. ni balasan untuk aku sebab aku bodoh serahkan diri kat kau tapi kau kena ingat Mat, kifarah ini wujud. aku harap kau berubah Mat. aku akan belajar moveon. aku akan mulaka hidup baru dan kali ni aku tak kan jadi bodoh lagi.
untuk semua gadis, jangan jadi bodoh macam aku. mudah cair dengan pujuk rayu lelaki.
aku doakan kebahagiaan kamu Mat. terima ksh
VIDEO HANYA SEKADAR HIASAN LUAHAN WANITA DIKONGSIKAN DARI KOB
Kredit : HelangMerah.
Post a Comment