Skim Perlindungan Insurans B40 iaitu skim insuran untuk rakyat berpendapatan rendah yang akan dilaksanakan bermula Januari tahun depan telah mencetuskan pendebatan di kalangan rakyat.
‘Kalau hospital nak darah jangan derma, jual 1 beg RM1,000’ |
Seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan cadangan tersebut mahu orang ramai supaya tidak lagi menderma darah kepada pihak hospital kerana mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah pemerintahan kerajaan Malaysia Baru ini hanya tahu mengambil wang dari rakyat sahaja tanpa ada niat untuk membantu.
ARTIKEL MENARIK: Tular Seorang Lelaki solat di kuil Sikh. Ini respond mengejutkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani
Walaupun jelas di situ mahu memperli pihak kerajaan, tindakan wanita itu mendapat kecaman netizen yang lain kerana mereka beranggapan soal nyawa bukan untuk dibuat main atau jadi bahan lawak.
Ada netizen yang mengaku menderma darah dengan niat untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran dari pihak lain.
Sementara itu, pihak KKM telah tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
Menurut KKM, skim berkenaan akan diberikan secara percuma dengan subsidi sepenuhnya oleh kerajaan. Dalam bebenang Twitter rasmi Kementerian Kesihatan, KKMPutrajaya pelaksanaan skim tersebut masih dalam peringkat perbincangan antara Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia untuk menentukan mekanisme pelaksanaan.
Cerita pendek Skim Perlindungan Insurans B40
Untuk siapa?
Rakyat berpendapatan rendah (B40)
Kena bayar?
Tidak. Ia percuma
Bagaimana?
Kerajaan beri subsidi sepenuhnya!
Bila mula?
Sasaran awal tahun 2019
Ikuti bebenang
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 28, 2018
Kredit : Wowberita
Post a Comment