Isu Langganan Utusan. Ini Pulak Komen Tun Mahathir Buat Ramai Terpaksa SETUJU

Isu Langganan Utusan. Ini Pulak Komen Tun Mahathir Buat Ramai Terpaksa SETUJU

Baru ni Kementerian Pendidikan mahu hentikan langganan Utusan. Namun pembangkang mainkan isu tersebut sehinggal viral. Lepas didesak wartawan, ini komen sempoi Tun Mahathir buat ramai terpaksa setuju. Tak sangka.

Isu Langganan Utusan. Ini Pulak Komen Tun Mahathir Buat Ramai Terpaksa SETUJU
Isu Langganan Utusan. Ini Pulak Komen Tun Mahathir Buat Ramai Terpaksa SETUJU

TUN MAHATHIR – HENTI LANGGANAN JE, BUKAN NAK BAKAR UTUSAN

ARTIKEL MENARIK: 'Kalau anda rasa pakaian pramugari kita mencolok mata, tolong jangan pandang' - Menteri Pengangkutan


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kementerian pendidikan hanya menghentikan langganan terhadap akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, bukannya melarang akhbar itu daripada dibaca.
“Langganan dihenti tapi kita tak larang orang nak baca, bacalah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Setuju dengan langkah itu, Mahathir berkata kakitangan institusi bawah kementerian pendidikan yang mahu membaca akhbar itu boleh membelinya sendiri.
“Pasal apa kita nak beli akhbar yang selalu hentam kita?
“Tetapi jika hendak baca, bebas untuk beli di luar sekolah (dan institusi lain bawah kementerian itu). Kita tak ada nak koyak atau bakar (Utusan Malaysia),” katanya lagi.
Beliau mengulas memo Kementerian Pendidikan yang mengarahkan semua sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk menghentikan langganan terhadap Utusan berkuatkuasa serta-merta.
Memo bertarikh 18 Julai itu daripada pegawai khas menteri pendidikan, Wan Saiful Wan Jan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Mohd Ghazali Abas.
Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir semalam memaklumkan belum menerima apa-apa makluman tentang perkara itu tetapi berkata akan berjumpa dengan pihak kementerian untuk berbincang secara lanjut.
Berhubung dakwaan kakitangan lantikan politik dalam kerajaan yang dilantik sejak HARAPAN mengambil alih belum mendapat gaji, Mahathir meminta mereka agar bersabar.
“Kena sabar, kita ubah kerajaan lepas 60 tahun bukan sesuatu yang kita buat setiap hari. Proses sedang berjalan dan ia ambil masa,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)


LEPAS 27 HARI KINI JAMAL YUNOS FAHAM KENAPA ANWAR HEBAT

Selepas 27 hari merengkok dalam penjara, pemimpin sensasi Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata beliau akhirnya faham kenapa musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang hebat.
“Ketika itu saya salute (sanjung) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Macam mana jiwa, raga, hatinya, mentalnya, cukup kental.
“Apabila di sana (penjara), saya dapat rasakan macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang manusia, pemimpin yang cukup hebat dan perlu diberikan satu penghormatan,” katanya yang baru dibebaskan daripada tahanan polis.
Anwar telah dua kali masuk penjara selepas berdepan tuduhan meliwat dua kali.
Jumlah terkumpul keseluruhannya dalam penjara lebih 10 tahun.
Anwar menafikan dakwaan terhadapnya dan menyifatkannya sebagai konspirasi politik.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pula telah memberikannya pengampunan penuh selepas Pakatan Harapan menumbangkan pentadbiran 61 tahun BN.
Berkaitan tuduhan terhadap Anwar, Jamal berkata beliau tidak mahu menghakiminnya.
“Apa yang dia buat adalah antara dia dengan Allah,” kata ketua Umno bahagian Sungai Besar yang terkenal dengan pelbagai gimiknya itu.
Sementara itu, Jamal juga menyifatkan pengalamannya berada dalam tahanan polis banyak memberinya pengajaran.
Beliau juga berkata susut berat 7kg setelah keluar.
Jamal ditangkap selepas BN gagal mempertahankan penguasaan 61 tahunnya, berkaitan beberapa pertuduhan.
Dia melarikan diri ke Indonesia tetapi berjaya diberkas di Jakarta dan dihantar pulang untuk berdepan pengadilan.
Bulan ini, dia dijadual hadir ke mahkamah pada 1o Ogos ini bagi prosiding kes pencerobohan. (Sumber: Malaysiakini)
Kredit : khalifahmailonline
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post