Ini Jawap Anwar Ibrahim Tentang Isu Rakaman Audio Dikatakan Suara Beliau Kecam Azmin ‘Barua’.

Ini Jawap Anwar Ibrahim Tentang Isu Rakaman Audio Dikatakan Suara Beliau Kecam Azmin ‘Barua’.

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan menggunakan bahasa kesat “barua” seperti terkandung dalam satu rakaman audio mengecam Datuk Seri Azmin Ali yang tersebar di media sosial hari ini.

Ini Jawap Anwar Ibrahim Tentang Isu Rakaman Audio Dikatakan Suara Beliau Kecam Azmin ‘Barua’.
Ini Jawap Anwar Ibrahim Tentang Isu Rakaman Audio Dikatakan Suara Beliau Kecam Azmin ‘Barua’.

“Jangan tertipu dengan fitnah,” katanya dalam satu ceramah di Bandar Puteri, malam ini, sempena kempen calon PKR di Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis.

ARTIKEL MENARIK: Tok Mat Meluahkan Sesuatu Tentang Tindakan PH Tamatkan Khidmat Anggota RELA


“Saya tak guna bahasa kesat ‘barua’ semua itu. Bukan bahasa saya. jangan bikin malu.

Anwar ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan skandal Forex berkata Mahathir tidak memberi sebarang arahan kepada Bank Negara untuk terbabit dalam pasaran tukaran wang asing.

Rakaman suara itu muncul di saat spekulasi Azmin mungkin bertanding jawatan presiden PKR, serta dakwaan cubaan Mahathir dan lingkarannya untuk menekan kemajuan politik Anwar.

Beberapa rakaman audio pendek tersebar di media sosial, di mana suara yang menyerupai Anwar mengecam Azmin sebagai barua Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengakui meminta Rafizi Ramli mencabar timbalan presiden PKR itu.

“Sebab itu saya suruh Rafizi lawan Azmin sebab Azmin nak jadi barua kepada Mahathir,” demikian menurut suara yang menyerupai ketua umum PKR itu.

Satu lagi klip video berbunyi: “Dia lantik diri dia jadi pengerusi Khazanah. Apa ni, rakyat rugi, MAS rugi, Khazanah rugi”, merujuk pelantikan Dr Mahathir untuk mengetuai Khazanah Nasional Berhad yang diumumkan Isnin lalu.

Anwar berkata, beliau tidak tahu siapa yang membuat klip audio itu dan tidak mahu menuduh mana-mana pihak.


Ketua umum PKR itu berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung Khazanah, kecuali ketika berucap dalam kempen PKR di DUN Sungai Kandis.

“Ini satu taktik. Saya tidak pernah cakap pasal Khazanah, kecuali di Sungai Kandis,” katanya yang menyifatkan penyebaran rakaman video itu tidak sihat menjelang pemilihan PKR.

“Kita minta mereka lawan secara terbuka.”

Beliau turut menolak spekulasi klip audio itu dilakukan partinya sendiri atau dalam kalangan Pakatan Harapan (PH).

“Saya tak fikir mereka terlalu bodoh berbuat demikian. Saya dengar audio itu.

“Jangan mudah terpedaya…kami perlu menafikan kerana ia tidak benar, tidak ada asas, tidak benar sama sekali,” katanya.

Terdahulu, dalam acara berasingan, Anwar memberi bayangan mungkin bertanding di kerusi Parlimen.

“Kini sudah 3 Adun Selangor meninggal dunia. Pertama di Sungai Kandis, ke-2 di Balakong dan ke-3 Seri Setia.

“Pilihan raya kecil ini bukan kita tentukan. Ini sudah takdir dan kita hanya terima.

“Mana tahu 1 atau 2 bulan (lagi), saya akan bertanding di kerusi Parlimen,” katanya dalam majlis makan malam bersama masyarakat Cina di Taman Jati, Klang, malam ini.

Beliau turut meminta ahli PH terus memberi sokongan kepada kerajaan Selangor dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar dibebaskan pada 16 Mei lalu, selepas mendapat pengampunan diraja yang membolehkannya kembali aktif berpolitik.

Pada 6 Jun lalu, Anwar berkata, beliau akan menyertai Dewan Rakyat sebagai ahli kelab penyokong kerajaan kerana “belum pernah menjadi ahli kelab penyokong”.


SUMBER: FMT


Sumber : kicappedas
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post