Ibu Jamaluddin Jarjis tuntut harta pusaka lebih RM2 bilion

Ibu Jamaluddin Jarjis tuntut harta pusaka lebih RM2 bilion

KUALA LUMPUR – Ibu kepada bekas Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter tiga tahun lalu memfailkan permohonan faraid untuk mendapatkan sijil faraid bagi pembahagian harta peninggalan anaknya itu yang dikatakan bernilai RM2.1 bilion.

Ibu Jamaluddin Jarjis tuntut harta pusaka lebih RM2 bilion
Ibu Jamaluddin Jarjis tuntut harta pusaka lebih RM2 bilion

Aminah Abdullah, 84, selaku pemohon memfailkan permohonan itu pada 2 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengikut Seksyen 46(ix) Akta Pentadbiran Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1993.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Siti Zulaiha Mohamad Mansor berkata, permohonan faraid itu difailkan bagi menentukan bahagian-bahagian kepada waris yang berhak dalam harta pusaka milik Allahyarham Jamaludin.

ARTIKEL MENARIK: PBT Kelantan akan saman bukan muhrim bonceng motosikal, berkeliaran waktu Maghrib


“Permohonan ini telah dimaklumkan kepada balu allahyarham, Puan Sri Kalsom Ismail dan empat anak mereka.

“Antara harta-harta yang perlu dimasukkan dalam senarai faraid berkenaan adalah 20 hartanah yang terdapat di negara ini, Mekah dan Amerika Syarikat serta syarikat milik arwah sama ada di atas nama beliau atau anak-anaknya,” katanya.

Sehubungan itu, Kamar Ainiah berkata, mahkamah menetapkan 13 September ini sebutan pengurusan kes selanjutnya.


Jamaludin, 64, terkorban akibat nahas helikopter AS365N2 Dauphin yang terhempas dan terbakar di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih di sini kira-kira pukul 4.55 petang, 4 April 2015.


Lima lagi mangsa yang terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier; pembantu juruterbang, Aidana Baizieva; ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang dan seorang anggota polis yang juga pengawal peribadi Jamaludin iaitu Koperal Razakan Seran.

Kesemua mereka menaiki helikopter dari Kuantan selepas menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang. – UTUSAN ONLINE

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post