Golongan Mak nyah dan bukan islam perlu dilantik ahli lembaga pengarah JAKIM

Golongan Mak nyah dan bukan islam perlu dilantik ahli lembaga pengarah JAKIM

“Saya cadangkan supaya Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu dianggotai oleh 20% Bukan Islam yang mewakili pelbagai agama, bangsa dan keprihatinan.

Golongan Mak nyah dan bukan islam perlu dilantik ahli lembaga pengarah JAKIM
Golongan Mak nyah dan bukan islam perlu dilantik ahli lembaga pengarah JAKIM

Perlu ada juga wakil yang boleh bercakap bagi pihak kumpulan minoriti lain seperti LGBT, Ahmadi atau kumpulan Syiah,” demikian cadangan dari Prof Dr Tajuddin Rasdi, Professor Senibina Islam dari USCI, yang juga salah seorang Ahli DAP Melayu vokal.

Dalam tulisan tersebut, beliau menyatakan bahawa banyak isu-isu Islam di Malaysia telah menceroboh bidang bukan Islam. Sambil memberikan contoh kes ‘pijak kepala lembu”, seruan pembakaran Bible, himpunan baju merah yang melaungkan slogan Islamik tetapi dalam masa yang sama meluncurkan kata-kata lucah ke atas bukan Islam,

ARTIKEL MENARIK: Mohamad Sabu Disiasat SPRM Salahguna kuasa RM800,000


pertembungan Asri-Waythamoorthy berkenaan kepercayaan Hindu, isu Zakir Naik dan beberapa contoh yang lain disebutkan Tajuddin. Baginya, isu-isu ini menunjukkan bahawa isu Islam merupakan isu bagi Malaysia keseluruhannya. “Saya mahu mencadangkan yang kita terima bahawa sesetengah “isu Islam” merupakan isu rakyat Malaysia dan bukan hanya isu orang Islam semata-mata.

Walaupun kerajaan British yang telah memberikan kemerdekaan kepada Malaysa mensyaratkan supaya perihal Islam akan kekal di bawah kuasa institusi Agama Islam, kita mesti melihat semula idea ini di dalam konteks kontemporari, kebudayaan dan amalan professional di dalam dunia yang berkembang pesat,”

Perasaan kuat beliau menyatakan bahawa masa untuk kita semua mempertimbangkan bukan Islam sebagai sebahagian dari mana-mana Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik dalam mana-mana institusi Islam untuk membolehkan perspektif seimbang terhadap masalah dan terlibat sama di dalam menghasilkan cara penyelesaian masalah yang lebih baik. “Lagi pun, mereka-mereka ini masih rakyat Malaysia.


Ahli jawatankuasa atau ahli lembaga pengarah ini, hanya sebagai minoriti dan akan, juga, tidak mampu untuk memberi kesan kepada kekuatan undian orang Islam dalam jawatankuasa atau lembaga pengarah tersebut. Apa yang saya ingin ketengahkan ialah, pandangan minoriti ini MESTI diwakili oleh kerana saya tiada langsung keyakinan kepada kemampuan pakar-pakar Islam untuk memahami atau menghargai semua bentuk keprihatinan lain-lain kumpulan rakyat Malaysia.” Penulisan penuh beliau dimuatkan di dalam sebuah portal tempatan semalam.


video sekadar hiasan sumber artikel Menara.my

Kredit :  HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post