Dicerai bini & dikhianati kawan, burung jadi peneman

Dicerai bini & dikhianati kawan, burung jadi peneman

Setiap individu memiliki hobi masing-masing bagi mengisi waktu terluang. Namun tidak kurang ada juga segelintir individu mempunyai hobi yang unik dan pelik dalam kehidupan seharian mereka.

Dicerai bini & dikhianati kawan, burung jadi peneman
Dicerai bini & dikhianati kawan, burung jadi peneman

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini ada berkongsi sebuah posting mengenai kisah seorang pakcik yang setiap hari meluangkan masa memberi makanan untuk burung yang dikatakan boleh memberi ketenangan dalam kehidupannya.

ARTIKEL MENARIK: ‘Dia kata saya burger hangus’ – Keluarga terkilan guru viralkan anak di media sosial





“Nama dia Ibrahim Bin Abdullah, dilahirkan pada tahun 1955 dan dibesarkan di Limbang, Sarawak. Setiap hari dia bagi makanan untuk burung pada setiap hari kerana boleh menenangkan fikiran dan jiwanya.

“Pakcik ini turut memberitahu bahawa dia mempunyai kehidupan yang mencabar kerana diceraikan oleh isterinya pada 15 tahun lalu.

“Kawan baiknya pula membunuh diri disebabkan ketagihan dadah. Kawan bisnes juga menipu dirinya,” tulis Andwan Abdul menerusi posting tersebut.









Daripada mata pun dapat membaca apa yang terbuku dalam isi hatinya! Posting berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada warga Twitter lain dimana rata-rata memuji senyuman manis dan memahami keperitan yang dihadapi oleh pakcik Ibrahim itu.



Mata dia beritahu segalanya…




sumber : oh my media

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post