Datuk Vida terduduk! Bank Negara sahkan Lavida Coin senarai Waspada

Datuk Vida terduduk! Bank Negara sahkan Lavida Coin senarai Waspada

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyenaraikan VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies), operator di sebalik LaVida Coin dalam senarai waspada pengguna kewangan.

Datuk Vida terduduk! Bank Negara sahkan Lavida Coin senarai Waspada
Datuk Vida terduduk! Bank Negara sahkan Lavida Coin senarai Waspada

“Sila ambil perhatian bahawa senarai ini bukan menyeluruh dan hanya menjadi garis panduan kepada orang awam berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM,” kata kenyataan itu menerusi laman webnya.

Senarai terkini mengandungi 423 syarikat.

ARTIKEL MENARIK: Dah kantoi bagi Emas palsu nak tarik kejuaraan Aishah macam sial perangai mak cik gemuk ni! – Netizen kecam Datuk Vida


Pada Isnin, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata, pihaknya sedang mengkaji maklumat berkaitan dengan mata wang digital LaVida Coin bagi memastikan sama ada ia melanggar undang-undang sekuriti.

Dilaporkan pada minggu lalu bahawa usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmida Othman atau Datuk Seri Vida merancang untuk melancar mata wang digital LaVida Coin tersebut.-Mstar



BNM tambah 44 syarikat dalam Amaran Pengguna Kewangan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, menyenaraikan 44 lagi syarikat dan laman web ke dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan.

Senarai Amaran Pengguna Kewangan itu merujuk kepada syarikat dan laman web yang tidak dibenar atau dilulus mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.

Menerusi laman webnya, BNM berkata, senarai terbabit bagaimanapun tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat serta pertanyaan yang diterima.

“Susulan penyenaraian terkini (tambahan 44 yang baru dimasukkan itu), BNM kini sudah menyenaraikan 395 syarikat dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan,” katanya.

Berdasarkan Amaran Pengguna Kewangan yang dikeluarkan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia mengikut undang-undang berkaitan.

Hanya institusi kewangan iaitu bank, syarikat insurans, pengendali takaful, penggurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata wang (kini perniagaan perkhidmatan wang) diberikan lesen oleh BNM.



Semakan BH mendapati, berdasarkan nama syarikat yang dimasukkan itu, kebanyakannya menawarkan pelbagai skim pelaburan yang mencurigakan serta perdagangan mata wang asing.

Untuk mendapatkan senarai penuh syarikat dan laman web yang disenaraikan dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM, orang ramai boleh menyemaknya dengan melayari sesawang http://www.bnm.gov.my


video sekadar hiasan

Kredit : HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post