Beli Kapal Mewah Dengan Duit Curi, Ini Kenyataan Tak Masuk Akal Najib Pada Jho Low

Beli Kapal Mewah Dengan Duit Curi, Ini Kenyataan Tak Masuk Akal Najib Pada Jho Low

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, mesti dipertanggungjawabkan sekira wang bukan milik beliau digunakan untuk memiliki kapal layar mewah Equanimity.

Beli Kapal Mewah Dengan Duit Curi, Ini Kenyataan Tak Masuk Akal Najib Pada Jho Low
Beli Kapal Mewah Dengan Duit Curi, Ini Kenyataan Tak Masuk Akal Najib Pada Jho Low

“Sekiranya kapal layar itu dimiliki melalui cara yang salah di sisi undang-undang, dalam erti kata wang itu bukan miliknya, maka beliau harus bertanggungjawab ke atasnya. Itu pendirian saya,” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga berkata, urusan berkaitan kapal layar berharga RM1 bilion itu hendaklah dikendalikan mengikut undang-undang.


ARTIKEL MENARIK: 'Tak Wajar Harapkan Keajaiban Dalam Masa 100 Hari'


“Jika sesiapa melakukan kesalahan, maka undang-undang harus dibenarkan berjalan. Saya pernah menyebut tiada sesiapa mengatasi undang-undang.”

Ketika ditanya tentang dakwaan Jho Low bahawa penahanan kapal layar itu bertentangan dengan undang-undang, Najib berkata, terserah kepada beliau untuk membuat dakwaan tersebut.


Equanimity tiba di perairan Malaysia Selasa lepas, sekali gus mencetuskan semula gesaan supaya Jho Low kembali ke Malaysia untuk berhadapan pihak berkuasa.

Kapal layar itu yang kini ditahan di Pusat Kapal Persiaran Boustead di Port Klang, merupakan tumpuan penyiasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat ke atas 1MDB. Ia dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low dan dipercayai dibeli menggunakan wang yang didakwa digelapkan daripada syarikat pelaburan negara itu.



Polis Indonesia menahan kapal layar tersebut sebelum ini atas permintaan AS sebelum diserahkan kepada Malaysia berikutan lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke negara itu baru-baru ini.

Jho Low menegaskan penahanan kapal layar tersebut bertentangan dengan undang-undang, dan berkata Putrajaya “mendahului” pihak berkuasa AS dan ketibaannya di perairan Malaysia adalah hasil rundingan dengan negara kuasa besar itu.

Kredit : Sehinggit

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post