Basikal elektrik meletup & terbakar dalam rumah ketika dicas! lihat video penuh

Basikal elektrik meletup & terbakar dalam rumah ketika dicas! lihat video penuh

Sebut sahaja basikat atau skuter elektrik pasti ada juga dikalangan anda memilikinya namun siapa sangka kenderaan ini rupanya sangat bahaya jika diletakkan dalam rumah tambahan ketika waktu mengecasnya.

Basikal elektrik meletup & terbakar dalam rumah ketika dicas! lihat video penuh
Basikal elektrik meletup & terbakar dalam rumah ketika dicas! lihat video penuh

Basikal elekrik ini menjadi satu trend di Malaysia kerana ia sangat menjimatkan tak perlu letakkan minyak tidak perlu roadtax dan insuran




justeru tidak hairan mengapa ia menjadi pilihan ibu-ibu terutamnya kerana ia sangat mudah dan senang digunakan disamping jimat masa dan jimat kewangan

ARTIKEL MENARIK: "I Did It." Sempat Muat Naik Gambar Di Facebook Sebelum Maut Dalam Bencana Gempa Bumi Di Lombok..


Namun memetik pada tajuk asal SEORANG lelaki bersama anak perempuannya berdepan detik cemas selepas skuter elektrik yang baharu dibelinya tiba-tiba meletup ketika dicas.


BOLEHKAH GUNAKAN BASIKAL ELEKTRIK DI MALAYSIA?

artikel ini kami kongsikan semula ia telah diputuskan oleh JPJ pada tahun 2011 mengenai basikal elektrik baca info selanjutnya

JPJ Tidak Bercadang Benarkan Penggunaan Basikal Elektrik Di Atas Jalan Raya
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak bercadang untuk membenarkan penggunaan basikal berkuasa elektrik di jalan raya atas beberapa faktor, kata Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata basikal berkenaan yang berada di pasaran direka bentuk dengan kelajuan 40 km/sj berbeza dengan kajian keselamatan jalan raya dijalankan yang mana basikal bergerak dengan kelajuan 20 km/sj di atas jalan raya.

“Ini (kelajuan) akan meningkatkan risiko kecederaan kepada pejalan kaki apabila berlaku kemalangan terutamanya apabila penunggang basikal berkongsi laluan bersama pejalan kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

JPJ menerima pertanyaan daripada orang ramai mengenai penggunaan dan pendaftaran basikal berkuasa elektrik itu. Beberapa syarikat pengedar kenderaan elektrik termasuk basikal elektrik menyatakan hasrat untuk mengedar dan memasarkan basikal itu ke negara ini.

Solah menjelaskan kemudahan infrastruktur untuk penunggang basikal seperti laluan khas sangat terhad kepada kawasan tertentu sahaja seperti kawasan perumahan dan taman rekreasi.

Katanya penunggang basikal yang menggunakan laluan selain daripada laluan khas itu mudah terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya yang kebiasaannya lebih serius berbanding dengan pengguna jalan raya yang lain.


Solah berkata penunggang motosikal merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kemalangan maut jalan raya iaitu dalam lingkungan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan yang direkodkan.

“Penggunaan basikal berkuasa elektrik tanpa kawalan akan memberikan kesan negatif kepada jumlah kemalangan jalan raya secara keseluruhan,” katanya.

Basikal berkuasa elektrik ialah basikal yang mempunyai alat pengayuh dan motor elektrik serta bateri yang digunakan kebiasaannya daripada jenis lithium-ion, bagi menjana kuasa untuk menggerakkan basikal melalui motor elektrik.

Jarak perjalanan basikal berkenaan ditentukan oleh kapasiti bateri yang dihasilkan apabila dicaj penuh. Kelajuan basikal juga bergantung kepada jenis dan kapasiti bateri yang digunakan.

Kebanyakan negara menetapkan 25 km/j sebagai kelajuan maksimum sebuah basikal elektrik.

— BERNAMA

Kredit : HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post