Krabi. Boleh dikatakan antara destinasi yang paling popular dalam kalangan masyarakat kita. Maybe sebab kos untuk ke sana murah dan masih mampu dicapai oleh kebanyakan orang.
Apa Korang Boleh Buat Dekat Krabi Untuk 3 Hari 2 Malam? |
ARTIKEL MENARIK: SubhanAllah! Keluarga Ini Berbasikal Ke Mekah. Lihatlah Betapa Cekalnya Semangat Mereka. Anak Berumur 6 Tahun Juga Ikut Serta
HARI PERTAMA
Jadilah pelancong yang bijak dengan book return flight ticket korang seawal mungkin!
Check-in di hotel mesra muslim
Secara peribadi, admin suka hotel yang admin book masa dekat Krabi ni sebab cantik, bersih and tak terlalu jauh dari bandar Krabi. Kalau korang suka tempat yang tenang dan secluded, boleh tempah hotel Oscar Villa Aonang Krabi!
Harga satu malam: RM116
Tapiiii, of course lain orang lain citarasa. Jangan risau, ada banyak juga hotel mesra muslim untuk korang check it out. Antara suggestion admin:
- Front Bay Resort
- Sunda Resort
- Sunrise Tropical Resort
Kalau korang tak ada roaming, beli je thai sim card
Protip: Jangan beli kat airport! Beli je kat kedai runcit atau 7-Eleven. Harga sepatutnya around 159-299 baht (RM19.90-RM37.40) untuk pakej 7 hari.
Lunch di bandar Krabi
Krabi memang banyak makanan dan restaurant yang best. Paling admin recommend adalah May & Zin Restaurant.
Kedai ni famous dengan hidangan green curry chicken dan Tom Kha. Dah terliur ke?
Harga: RM15-25 per person
Sewa motor dan pergi ke Emerald Pool
Sebut je Krabi, memang orang akan aim untuk taknak lepaskan peluang pergi Emerald Pool ni. Mana taknya, cantik kottttt! Memang setiap sudut sesuai untuk spot #OOTD atau kalau yang ada bakat, confirm akan dapat shot gambar pemandangan yang power!
Tapi kalau korang kurang adventure, boleh je naik teksi atau bas untuk pergi Emerald Pool ni. Don’t worry! Cuma jangan terlebih adventure pulak nak ke sana jalan kaki. Boleh tahan jauh…
Harga: RM130-150 (tidak termasuk entrance fee Emerald Pool)
Balik hotel, bersiap untuk dinner
Dah penat-penat tunggang motor ulang alik tu, perut mesti lah berbunyi kan. Balik hotel and terus get ready for dinner lah, apa lagi! Kalau buntu nak makan mana, korang boleh check tempat makan mana yang best ikut ratings.
Kami syorkan:
- Asama Halal Thai Food
- Tara Thai Kitchen
- Bangboo Halal Seafood
Harga: RM20-35 per person
Cuba thai massage untuk dapat tidur yang best dan nyenyak
Kalau dah dekat Thai, memang wajiblah cuba thai massage kannn. Ikut koranglah nak kena urut berapa jam atau apa jenis urutan sekalipun sebab lain pakej lain harganya. Jangan korang pi tempat pakej ‘happy ending’ pulak, haiippp!
HARI KEDUA
Breakfast
Sumber: recipetineats
Bagi korang yang nak makan pagi bufet dekat hotel tu, silakan. Tapi, kalau nak feel like a local, boleh try jalan ke bandar Krabi sebab ada gerai-gerai yang jual breakfast. Murah-murah je!
Harga: RM5-8 seorang
Island hopping!
Tak sah lah kalau pergi Thailand tak pergi island hopping kan. So, kalau pergi Krabi jangan lepas peluang ni! Korang akan dibawa ke Maya Bay, Phi Phi Island dan beberapa spot lain! Pakej island hopping Koh Phi Phi memang paling famous. So, korang try pilih pakej ni okay!
Paling penting, jangan lepaskan peluang dapatkan gambar-gambar atau video menarik dekat setiap pitstop sebab view cantik giler!
Price: RM138
Jalan-jalan di Pantai Railay
Kalau taknak pergi island hopping, korang boleh pergi Pantai Railay. Ini sebab kenapa ramai suka bersantai dekat pantai ni. Dekat sana korang boleh:
- Bersantai dan chill dekat salah satu pantai tercantik di Krabi
- Cuba rock climbing
- Terokai batu-batu laut ketika air surut
- Berkayak sambil nikmati pemandangan
- Terokai Phra Nang Cave
Macam mana nak ke Pantai Railay?
Korang boleh dapatkan khidmat speedboat dari Ao Nang. Speedboat akan bergerak setiap setengah jam dari 8.30 pagi hingga 5 petang. So, make surekorang jangan stay sampai malam dekat pantai tu, kalau tak kena overnight pulak!
Harga: Lebih kurang RM30-50 (tiket pergi balik)
Makan malam di restoran seafood
Malam terakhir dekat Krabi ni, admin suggest korang pergi makan tempat yang onzsikit, contohnya pergi restoran seafood! Ada satu yang quite popular dan halal iaitu Paknam Krabi Seafood. Makan lah korang puas-puas!
Price: Lebih kurang RM40 per person
Aonang Street
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Haa nak bagi lagi suka hati, korang jangan lupa jalan-jalan shopping dekat Aonang Street. Macam-macam ada, murah pulak tu! Beg ada, baju ada, barang souvenir, kraftangan dan macam-macam lagi lah!
Jangan lupa cuba thai pancake!
Dalam pada korang fokus untuk jalan-jalan, buat macam-macam aktiviti, makan sana sini tu, admin nak highlight sikit sesuatu yang rasanya tak patut korang lupa kalau pergi Krabi atau mana-mana negeri di Thailand. Sebab sedap sangattttt!
Sedap sangat thai pancake ni. Memang dah ada yang jual dekat Malaysia, tapi percayalah cakap admin, yang dijual dekat Thailand ni tiada yang dapat lawan.
Harga: RM7-8
HARI KETIGA
Kalau admin, walaupun hari terakhir admin gunakan peluang untuk jalan-jalan lagi and pilih flight lambat sikit, petang atau malam. So, kalau korang pun sekepala macam admin ni, macam-macam jugak korang boleh buat lepas check out dekat hotel. Antaranya:
- Jalan-jalan sepanjang pantai Aonang
Sambil ambil angin, boleh ambil gambar atau video yang mungkin korang tak sempat nak buat masa hari pertama dan kedua.
- Sewa motor, pusing bandar Krabi
Selain Aonang Street, korang boleh sewa motor and pusing-pusing jalan dekat kawasan dalam-dalam or jauh sikit. Korang akan jumpa penempatan sesetengah penduduk dekat sana, jumpa peniaga kecil-kecilan tepi jalan and macam-macam lagi lah.
Amacam? Ada rasa nak pergi Krabi tak? Destinasi yang murah and korang boleh enjoybercuti dekat sini tanpa perlu ambil cuti lama-lama. Dengan minimum 3 hari 2 malam, macam-macam benda korang dah boleh buat! But of course, ini cuma cadangan admin mengikut pengalaman. So, terpulang dekat koranglah nak ubah itinerari tu ikut keselesaan masing-masing.
Apa-apa pun sebelum nak susun itinerari tu, pi book flight ticket dulu! Kang kalau dah habis jangan nangis tepi bucu katil pulak! Tak mahal mana pun tiket, tempah je dengan AirAsia!
Lagipun, sekarang Air Asia sedang menawarkan tiket penerbangan ke Krabi semurah RM69!
Murah giler tuuuuu! Sebab tu korang kena make sure untuk dapatkan tiket
sebelum promo ni tamat pada hari Ahad. Don’t worry, korang boleh pilih tarikh travel dari sekarang sampai 28 Februari 2019! Cepat book tiket korang dekat sini!
Artikel ini dibawa khas oleh Tourism Authority of Thailand dengan kerjasama Air Asia.
Sumber: Lobak Merah
Post a Comment