KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR sekaligus mengambil alih jawatan tersebut dari isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Anwar Ibrahim sah Presiden baharu PKR |
Sehingga penerimaan borang pencalonan ditutup pukul 5 petang tadi hanya Anwar mengemukakan borang pencalonan sebagai Presiden PKR.
Sementara Datuk Seri Azmin Ali yang dijangka akan mencabar jawatan Presiden memilih untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden sekaligus seperti membuktikan beliau setia kepada kepimpinan Anwar.
ARTIKEL MENARIK: Tindakan Mahathir terlalu kejam! – Peguam Jho Low bengang Malaysia Sita kapal mewah Equanimity
Azmin bakal ditentang oleh Rafizi Ramli yang turut menyerahkan borang pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presidn.
Sementara itu 10 calon menyerahkan borang bagi bertanding jawatan Naib Presiden iaitu William Leong, Micheal Tamil, Nurul Izzah Anwar, Xavier Jayakumar, Tian Chua, Datuk Johari Abdul, Kesavan Subramaniam, Prof Datuk Dr G. Balasubramaniam, Zuraida Kamaruddin dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.-UTUSAN ONLINE
Post a Comment