Abdullah Sani Dedahkan Bukti Konspirasi Menjatuhkan Anwar Ibrahim Dari Menjadi Perdana Menteri..

Abdullah Sani Dedahkan Bukti Konspirasi Menjatuhkan Anwar Ibrahim Dari Menjadi Perdana Menteri..

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani yang baru-baru ini menuduh ketua penasihat Putrajaya di belakang kempen menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri hari ini berkata dia boleh membuktikan dakwaan itu.

Abdullah Sani Dedahkan Bukti Konspirasi Menjatuhkan Anwar Ibrahim Dari Menjadi Perdana Menteri..
Abdullah Sani Dedahkan Bukti Konspirasi Menjatuhkan Anwar Ibrahim Dari Menjadi Perdana Menteri..

“Saya boleh buktikan tetapi kena ikut siri lawatan saya ke negeri-negeri, sebab yang penting ahli-ahli sendiri menghadam perkara itu,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini, merujuk kepada program bertemu ahli-ahli PKR di beberapa negeri menjelang pemilihan parti 2018.

Beliau berkata dia berpandukan kepada kenyataan-kenyataan Tun Daim Zainuddin yang mencerminkan “campur tangan cukup luar biasa” yang memberi isyarat kepada usaha memperlengahkan peralihan kuasa atau memperlekehkan Anwar.

ARTIKEL MENARIK: UPDATE: Polis Berjaya Tahan 2 Guru Wanita Dera Kanak-kanak


“Kenyataan mengatakan Anwar tak sesuai di kedudukan itu, perlu tunggu Tun Dr Mahathir Mohamad melaksanakan komitmennya atau keperluan itu belum pada waktunya membuahkan persepsi ada cubaan campur tangan,” katanya.

Beliau berkata sebab itu dia mengambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada calon timbalan presiden, Rafizi Ramli.

“Untuk mengukuhkan kekuatan Anwar, saya terpaksa angkat Rafizi,” katanya.


Beliau berkata sebab itu dia mengambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada calon timbalan presiden, Rafizi Ramli.

“Untuk mengukuhkan kekuatan Anwar, saya terpaksa angkat Rafizi,” katanya.

“Komitmen Rafizi sudah menjurus kepada agenda reformasi. Keperluan sekarang parti ini didokong oleh pemimpin seperti itu,” katanya,.

Terdahulu Abdullah dilaporkan mendakwa Anwar akan berdepan masalah mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir jika Rafizi gagal menewaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan timbalan presiden pada pemilihan akan datang.

Beliau dipetik sebagai berkata beberapa pihak yang pernah melakukan kesalahan terhadap Anwar sekali lagi berkomplot untuk menghalang beliau menjadi perdana menteri dan secara terbuka mendakwa bekas menteri kewangan mempunyai peranan dalam komplot itu.

“Saya tidak akan berganjak daripada apa yang saya bicarakan dan saya akan terus sorotkan perkara ini,” katanya.

Menjelang pilihan raya umum ke-14, pimpinan Pakatan Harapan mencapai satu konsensus di mana Dr Mahathir akan menyerahkan perdana menteri kepada Anwar selepas 2 tahun.

Anwar baru-baru ini memenangi jawatan presiden parti tanpa bertanding.

Dr Mahathir bagaimanapun dilaporkan berkata dia mungkin akan terus menjadi perdana menteri untuk 2 tahun atau lebih jika itu yang diinginkan rakyat.

Kredit : Sehinggit
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post