PARLIMEN | Ketua pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyalahkan legasi yang ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kali pertama menjadi perdana menteri, sebagai sebahagian daripada punca kekalahan Umno pada PRU ke-14.
[VIDEO] Zahid masih salahkan legasi Mahathir atas kekalahan BN, Namun Soalan RSN Rayer (DAP-Jelutong) Memang Padu |
Dalam perbahasan titah Yang di-Petuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Zahid berkata Mahathir meninggalkan beban besar – termasuk projek yang membawa hutang kepada negara – kepada penggantinya selepas berundur pada 2002.
“Detik 9 Mei adalah satu tragedi, mimpi buruk. Namun kita harus akui, 22 tahun daripada 61 tahun pemerintahan kerajaan dulu (dipegang) orang yang memerintah (sekarang) – satu pertiga daripada tempoh itu.
ARTIKEL MENARIK: Mencelah Ketika Berbahas. Ini Jawapan Balas Zahid Kepada KJ Buat Ramai Terdiam
“Perdana menteri selepas itu terpaksa menanggung legasi termasuk projek dengan hutang besar yang membebankan kerajaan dan rakyat,” kata bekas timbalan perdana menteri itu.
Bagaimanapun, katanya lagi, tiada perasaan marah dan tiada yang membangkitkan kebencian terhadap Mahathir.
RSN Rayer (DAP-Jelutong) kemudian bangun dan bertanya sama ada skandal 1MDB juga merupakan legasi Mahathir.
Rayer kemudian berulang kali meminta kebenaran Zahid untuk mencelah tetapi tidak dilayan.
Melihat perkara itu, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian bangun dan berkata Rayer “minum todi” yang membangkitkan kemarahan anggota parlimen DAP itu.
VIDEO:
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) perlu belajar lagi untuk menjadi kerajaan di masa akan datang.
Menurut beliau, PH sudah menjadi kerajaan dan jangan terbawa-bawa sikap pembangkang yang telah lama menjadi darah daging mereka selama ini.
“Saya rasa mereka perlu belajar lagi untuk jadi kerajaan dalam melaksanakan aturan mesyuarat (dalam Dewan Rakyat).
“(Ahli Parlimen) mereka patut belajar lagi, jangan terus menyampuk,” katanya kepada media selepas selesai sesi sidang Dewan Rakyat hari ini.
TERKINI : PH Perlu Belajar Lagi Jadi Kerajaan – Ahmad Zahid Hamidi
Azmin: Najib lagi layak jadi ketua pembangkang
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali mengusik Datuk Seri Zahid Hamidi dengan berkata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lebih layak menjadi ketua pembangkang.
“Saya kira Pekan lagi layak jadi ketua pembangkang,” kata Azmin di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab.
Azmin berkata demikian selepas Zahid membenarkan Najib, bekas perdana menteri, bertanya soalan tambahan bagi pihaknya, yang jarang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat. Sebelum itu, Dewan mengumumkan Zahid sebagai ketua pembangkang.
SUMBER : MALAYSIA KINI
Post a Comment