[VIDEO] Najib Razak Persoalkan Kenapa Kos HSR Kerajaan RM110, Tapi Jawapan Azmin kepada Najib dalam parlimen ini buat Najib terdiam

[VIDEO] Najib Razak Persoalkan Kenapa Kos HSR Kerajaan RM110, Tapi Jawapan Azmin kepada Najib dalam parlimen ini buat Najib terdiam

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapati terdapat kos tersembunyi dalam pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

[VIDEO] Najib Razak Persoalkan Kenapa Kos HSR Kerajaan RM110, Tapi Jawapan Azmin kepada Najib dalam parlimen ini buat Najib terdiam
[VIDEO] Najib Razak Persoalkan Kenapa Kos HSR Kerajaan RM110, Tapi Jawapan Azmin kepada Najib dalam parlimen ini buat Najib terdiam

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kos tersembunyi itu tidak didedahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sewaktu projek tersebut dikemukakan sebelum ini.

Tegasnya, anggaran kos sebenar projek tersebut berjumlah sekitar RM110 bilion.

ARTIKEL MENARIK: Ini Kenyataan Berani Zahid Terhadap Tun Mahathir Dalam Sidang Parlimen Tadi


“Kos RM55 bilion yang disebutkan sebelum ini ialah kos projek. Tetapi, banyak juga kos tersembunyi yang tidak didedahkan kerajaan sebelum ini. Maka, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hari ini bertanggungjawab untuk mendedahkan keseluruhan kos pembinaan projek ini,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanya mengapa anggaran kos yang didedahkan terlalu tinggi iaitu hampir dua kali ganda berbanding kos asal yang diumumkan.

Menjelaskan perkara tersebut di lobi Parlimen, Mohamed Azmin berkata kos tersembunyi itu merangkumi kos pengambilan tanah dan pelbagai lagi.

“Ada juga isu berkaitan pengambilan tanah yang dilakukan oleh Singapura di mana ada kos di situ. Apa yang saya maksudkan ialah kos atau perkiraan bagi keseluruhan projek.

“Ada juga jaminan kerajaan yang perlu disediakan untuk memastikan perolehan kereta api dan perkhidmatannya oleh syarikat aset yang telah ditubuhkan berdasarkan perjanjian tersebut.

“Kita tidak boleh melihat hanya kepada kos projek itu sahaja, sebaliknya ada beberapa elemen lain yang perlu dikenal pasti kedua-dua pihak,” katanya kepada media.

Mohamed Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, berkata kerajaan juga sedang meneliti kemampuan kewangan untuk membiayai projek HSR itu dengan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama kerajaan Singapura.

Beliau serta pihak kementeriannya dijadual ke Singapura dalam masa terdekat untuk mengadakan perbincangan lanjut berhubung perkara itu.


Azmin: Najib lagi layak jadi ketua pembangkang


4aa2a203813a4580839a36197790a72d.jpeg

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali mengusik Datuk Seri Zahid Hamidi dengan berkata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lebih layak menjadi ketua pembangkang.

“Saya kira Pekan lagi layak jadi ketua pembangkang,” kata Azmin di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab.

Azmin berkata demikian selepas Zahid membenarkan Najib, bekas perdana menteri, bertanya soalan tambahan bagi pihaknya, yang jarang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat. Sebelum itu, Dewan mengumumkan Zahid sebagai ketua pembangkang.

VIDEO:



sumber: malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post