Beijing: Bagi membuktikan tandas mereka sangat bersih, pekerja di sebuah kilang makanan di Zhangpu di wilayah Fujian, tenggara China membasuh dan meletakkan makanan di tempat kencing sebelum memakannya.
(VIDEO) “Ini Adalah Tradisi Kami Sejak 25 Tahun Lalu Dan Sebahagian Latihan Program.” Bagi Membuktikan Tandas Bersih Pekerja Kilang Di China Makan Dalam Mangkuk Kencing Tandas.. |
Tidak cukup dengan itu, sekumpulan pekerja dari satu jabatan di kilang berkenaan turut meletakkan meja dan menikmati makan tengah hari di dalam tandas.
Seorang pengurus memberitahu, amalan ganjil itu adalah sebahagian program latihan untuk menunjukkan tahap kebersihan di kilang berkenaan.
Dalam satu video yang dirakam pada Isnin lalu, seorang timbalan pengurus besar kilang berkenaan dilihat meletakkan bebola nasi di dalam tempat kencing di dalam tandas.
ARTIKEL MENARIK: Gadis dirogol abang sendiri dipenjara 6 bulan kerana gugurkan kandungan
Dia kemudian meletakkan beberapa bahan lain sebelum menggaul makanan itu di dalam tempat kencing berkenaan.
“Lihat, saya menggaulnya lebih 20 kali. Sekarang, biar saya menjadi orang pertama memakannya,” kata wanita itu sambil mengambil bebola nasi itu dan terus menggigitnya.
Beberapa pekerja kemudian dilihat mengambil makanan itu dan makan di atas meja yang turut dihidangkan sayuran, ayam serta sup.
Portal Pear Video yang menyiarkan video berkenaan berkata, semua mereka adalah pekerja di kilang Tenfu Group, sebuah syarikat yang membuat teh.
“Dalam sebahagian program latihan, kami meminta pekerja membersihkan tandas. Setiap kali tandas ini dibersihkan mereka akan menikmati makanan di dalamnya.
“Ini adalah tradisi kami sejak 25 tahun lalu,” jelasnya.
Video berkenaan tular di media sosial di China dan ditonton lebih 770,000 kali serta mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna.
Ramai pengguna media sosial terkejut dengan video berkenaan dan menganggap tindakan pekerja itu sebagai sangat menjijikkan.
“Apa yang mereka fikirkan? Ini sangat menjijikkan,” kata seorang pengguna.
VIDEO:
Post a Comment