Tun Mahathir Kata Umno Dan PAS Adik Beradik. Ini Jawapan Balas Mat Hasan Buat Ramai Terkedu

Tun Mahathir Kata Umno Dan PAS Adik Beradik. Ini Jawapan Balas Mat Hasan Buat Ramai Terkedu

Kempen PRK Sg Kandis baru ni Tun Mahathir ada bagitau yang Umno dan PAS adik beradik. Lebih mengejutkan lagi apa yang Mat Hassan balas tentang kenyataan tu buat ramai, terutama penyokong PAS terus terkedu. Tak sangka.

Tun Mahathir Kata Umno Dan PAS Adik Beradik. Ini Jawapan Balas Mat Hasan Buat Ramai Terkedu
Tun Mahathir Kata Umno Dan PAS Adik Beradik. Ini Jawapan Balas Mat Hasan Buat Ramai Terkedu

TIDAK SALAH UMNO-PAS BERPAKAT

ARTIKEL MENARIK: Syarikat dikaitkan dengan Zahid didakwa tipu pekerja Nepal


Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS dan Umno seperti ‘adik beradik’ dalam meletakkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, sebagai suatu tanggapan yang baik.

Beliau berkata, tidak salah untuk mereka mencapai kata sepakat demi kebaikan dan yang penting adalah kebersamaan demi masa depan negara, bangsa dan agama supaya tiada sesiapa rugi kerana ego sendiri.

“Itu namanya adik beradik, siapa patut beralah dia akan beralah. Tetapi beralah kerana mencari kebaikan bukan kerana sesuatu yang tidak baik. Kita perlu meneroka pemikiran politik baharu yang tidak menyebabkan berpecah belah kerana ini boleh menyebabkan rakyat kucar-kacir dan negara kerugian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Maahad Tahfiz Al Ammar di Kompleks Al Ammar, Kampung Kanchong, Rantau di Rembau, hari ini oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata rundingan dengan PAS supaya menghantar seorang sahaja calon dari parti pembangkang adalah konsep pemikiran baharu yang cuba dilakukan Umno. (Sumber: Malaysiakini)


NEGARA TERUK DIROSAK NAJIB, TUN MAHATHIR AMBIL MASA UNTUK PULIHKAN SEMULA

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak ‘merosakkan’ jentera kerajaan dengan menyalahgunakannya bagi memperkukuh rejim pemerintahannya.

Mahathir 2019


Beliau berkata ramai pegawai kerajaan yang terlibat akan dibuang dan ini akan mengambil masa untuk memulihkan kerajaan.

“Kerosakan yang dibuat (Najib Razak) kepada negara ini lebih teruk daripada apa yang kami jangka.

“Bukan saja wang yang dihilangkan berbillion-billion ringgit, tetapi jentera kerajaan sudah disabotaj, sudah ditukar supaya tidak lagi berjalan dengan baik dan terpaksalah kita ambil tindakan untuk membuang beberapa pegawai yang terlibat dalam mempertahankan kerajaan terdahulu,” katanya.

Dr Mahathir berucap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin di majlis makan malam amal Tabung Harapan, anjuran 18 Gabungan Persatuan Cina Klang di Shah Alam, malam tadi.

Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan selepas pilihan raya umum pada 9 Mei.

Sejak itu, ramai pegawai utama kerajaan telah diganti, termasuk bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali, bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Dzulkifli Ahmad, Gubernur Bank Negara Muhammad Ibrahim, dan Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif.

Kebanyakan pegawai ini telah meletak jawatan, sementara yang lain seperti Apandi telah dipecat.

Dalam ucapan beliau malam tadi, Mahathir juga mengulang pendirian Pakatan Harapan menegakkan lunas kedaulatan undang-undang.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat beberapa undang-undang yang tidak adil dan tidak melindungi kepentingan orang ramai dan perniagaan seperti Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Menurut perdana menteri, Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 akan dimansuhkan. (Sumber: Malaysia Kini)

Kredit : khalifahmailonline

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post