SHAH ALAM - Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berpendapat kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi punca kepada bercambahnya kenyataan kontroversi yang turut menyentuh institusi diraja kebelakangan ini.
Tun M Punca Rakyat Mulut Lancang |
Dakwanya lagi, lebih ramai akan berani berbuat demikian kerana matlamat pemimpin berusia 93 tahun itu adalah untuk menghapuskan sistem Raja Berpelembagaan dan menggantikannya dengan sistem republik.
ARTIKEL MENARIK: TERKINI. Kenyataan Berani Rais Yatim Ini Buat Ramai Ahli UMNO Cuak
"Saya berpandangan bahawa kelancangan mulut rakyat pertikaikan tentang hak istimewa orang Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu berpunca daripada kepimpinan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir.
"Sebagai contoh, bila kita buat laporan polis berhubung kenyataan A Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais, tiada tindakan diambil. Ini menunjukkan mereka imun. Inilah yang saya panggil 'law of jungle' (undang-undang rimba).
"Negara kita tidak mempunyai undang-undang untuk halang orang seperti ini dan mereka sesuka hati boleh ambil pendekatan hasut rakyat supaya benci raja dan Yang Dipertuan Agong," katanya ketika ditemui selepas Wacana Sinar Kali ke-64, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan aktivis Pakatan Harapan, Fadiah Nadwa Fikri yang menggesa sistem beraja perlu dimansuhkan dan mendakwa monarki sudah lapuk.
Menggunakan pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' sebagai analogi, Lokman menganggap Dr Mahathir adalah 'rebung' dan jika mahu rakyat berhenti keluarkan kenyataan sebegitu maka tindakan perlu bermula dari Dr Mahathir.
"Memang budak perempuan (Fadiah) itu salah tapi puncanya Dr Mahathir. Nak melentur buluh biarlah dari rebungnya dan dalam kes ini, rebungnya adalah Dr Mahathir. Kalau tak betulkan Dr Mahathir, sampai bila pun rakyat akan begitu.
"Matlamat Dr Mahathir adalah untuk jadi maharaja. Sekarang saya tunggu bila rakyat nak bersama kami. Kita dah mula gerakan untuk bantah satu-persatu tindakan kerajaan yang kita anggap melampau.
"Kalau rakyat tak nyatakan sokongan kepada raja dan Yang Dipertuan Agong, mungkin makin sukar untuk raja bertindak. Rakyat Malaysia perlu bangkit dan nyatakan pendirian mereka (sokongan kepada raja)," ujarnya.
Kredit : WartawanFB
Post a Comment