“Tolong cari siapa letak dalam beg itu ..” – Bapa Nurin Jazlin mohon polis siasat semula kes anak

“Tolong cari siapa letak dalam beg itu ..” – Bapa Nurin Jazlin mohon polis siasat semula kes anak

Setiap kali berlaku kejadian tentang jenayah kanak-kanak, nama Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin pasti masih segar dalam ingatan orang ramai apabila pernah menggemparkan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.

“Tolong cari siapa letak dalam beg itu ..” – Bapa Nurin Jazlin mohon polis siasat semula kes anak
“Tolong cari siapa letak dalam beg itu ..” – Bapa Nurin Jazlin mohon polis siasat semula kes anak





Namun setelah 10 tahun berlalu pergi, suspek yang membunuh kanak-kanak berusia lapan tahun itu masih belum dapat diberkas walaupun telah menubuhkan pasukan penyiasatan khas bagi membantu usaha memburu pada ketika itu.

ARTIKEL MENARIK: Kisah Menyayat Hati Gadis Ditemui Mati Duduk Diatas Sofa Menghadap TV Yang Masih Terbuka Selama 3 Tahun


Terbaru, bapanya Jazimin Abdul Jalil menggesa polis meneruskan siasatan kes anaknya bagi membela nasib golongan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan kes jenayah kejam seperti itu.



Menerusi temubual Sinar Harian, Jazimin berkata, kemajuan teknologi kini mungkin boleh membantu pihak polis menjalankan siasatan semula terhadap kes Nurin Jazlin yang berlaku pada 2007 dahulu.

“Saya berharap pihak berkuasa membuka semula kes siasatan anak saya dengan mencari bukti-bukti melalui cap jari dan aspek lain.

“Sekarang negara semakin maju, peralatan semakin canggih. Saya berharap pihak berkuasa dapat menggunakan peralatan canggih untuk kesan siapa yang meletakkan beg mayat anak saya,” katanya.



Menurut Jazimin yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi berkata, bukan keluarganya sahaja tetapi seluruh rakyat sedang menunggu jawapan pihak berkuasa bagi mengetahui siapa pembunuh sebenar anaknya.

Tambah bapa kepada empat orang anak itu, dia turut menggesa campur tangan kerajaan agar siasatan anaknya dapat dibuka semula.


“Kalau Lim Guan Eng mahu buka kes Teoh Beng Hock, saya berharap kes anak saya dapat dibuka semula demi keadilan arwah dan keluarga saya,” ujarnya yang sedia memberi kerjasama.

Mengimbas kembali detik hitam itu, Nurin Jazlin dilaporkan hilang hilang pada 20 Ogos 2017 selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.





Namun, selepas 27 hari kehilangannya, negara dikejutkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya.

Kredit:Ohmymedia

Sumber : Sinar Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post