Sungguh Memalukan, Lihatlah Sendiri Aksi MP BN Dalam Dewan Rakyat.. Rakyat Menilai..

Sungguh Memalukan, Lihatlah Sendiri Aksi MP BN Dalam Dewan Rakyat.. Rakyat Menilai..

Sesi perbahasan di parlimen bagi penggal ke-14 bertukar menjadi gelanggang anggota-anggota parlimen menjerit selama hampir sejam.

Sungguh Memalukan, Lihatlah Sendiri Aksi MP BN Dalam Dewan Rakyat.. Rakyat Menilai..
Sungguh Memalukan, Lihatlah Sendiri Aksi MP BN Dalam Dewan Rakyat.. Rakyat Menilai..

Malah, seringkali jeritan anggota-anggota parlimen menenggelamkan suara Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon yang dilihat tidak dapat mengawal keadaan.

Kekecohan hanya reda apabila Mohd Rashid menangguhkan sesi perbahasan pada pukul 1 tengah hari untuk waktu rehat.

Kekecohan bermula sejurus selepas Datuk Johari Abdul Ghani (HARAPAN-Sungai Petani) membentangkan usul terima kasih kepada ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam.

ARTIKEL MENARIK: Khairy Jamaluddin Tanya Tentang Manifesto Sebagai Kitab Suci Kepada Tun Mahathir. Ini Respond Tun Mahathir


Ketika membentangkan usul itu, Johari menggesa anggota parlimen mematuhi saranan Yang di-Pertuan Agong agar anggota parlimen menjaga kelakuan masing-masing sambil merujuk beberapa insiden yang terjadi sebelum ini.

Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) yang bersetuju kenyataan Johari memetik kejadia pada 2009 yang menyaksikan anggota parlimen Bukit Gelugor ketika itu, mendiang Karpal Singh dikepung oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno.


Ramkarpal menyifatkan anggota Pemuda Umno itu sebagai "samseng" yang kemudian mendapat bantahan daripada anggota parlimen pembangkang yang turut melemparkan tuduhan sama.

Selepas pertengkaran berlarutan seketika, Mohd Rashid mengarahkan Ramkarpal dan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menarik semula perkataan "samseng".


Kedua-dua anggota parlimen itu enggan berbuat demikian namun Mohd Rashid tidak mengambil apa-apa tindakan yang kemudian menyebabkan kekecohan terjadi lagi.

Anggota parlimen BN juga dilihat cuba "mengajar" Mohd Rashid untuk mengawal diri sendiri sedangkan mereka dilihat tidak mempedulikan arahan timbalan speaker Dewan Rakyat itu.

Mohd Rashid akhirnya diselamatkan oleh loceng yang berbunyi menandakan waktu rehat.


Sumber: Malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post