Sesuatu Terjadi Ketika Yusuf Azmi Berarak Untuk Meminta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Letak Jawatan

Sesuatu Terjadi Ketika Yusuf Azmi Berarak Untuk Meminta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Letak Jawatan

PULAU PINANG – Sekumpulan lebih 100 ahli NGO hari ini berarak membantah P. Ramasamy yang didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas di Sri Lanka.

Sesuatu Terjadi Ketika Yusuf Azmi Berarak Untuk Meminta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Letak Jawatan
Sesuatu Terjadi Ketika Yusuf Azmi Berarak Untuk Meminta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Letak Jawatan

Perarakan diketuai peneraju Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi itu menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu.

ARTIKEL MENARIK: Najib Kata Malaysia Ke Zaman Mundur. Ini Jawapan Balas Tun Mahathir Yang WOW


Mereka turut membawa sepanduk dan mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Ramasamy.
Mereka juga membawa sepanduk mahu ahli politik DAP itu meletakkan jawatan.
Berhampiran Komtar juga ada sekumpulan yang turut berkumpul membela Ramasamy.
Sebelum itu, Ramasamy menafikan penglibatannya dalam LTTE dan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusuf berhubung perkara yang sama
Sumber: Malaysia Gazette


Demonstrasi Ramasamy kecoh

Kumpulan NGO diketuai Muhammad Yusuf Azmi (kiri) melakukan bantahan terhadap Ramasamy manakala gamba
Kumpulan NGO diketuai Muhammad Yusuf Azmi (kiri) melakukan bantahan terhadap Ramasamy manakala gamba

Dua kumpulan yang mengadakan demonstrasi menyokong dan membantah Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy bertembung di perkarangan Komtar hari ini dan berlaku kekecohan apabila masing-masing melakukan provokasi.

Kumpulan pertama terdiri kira-kira 50 penyokong Ramasamy mengadakan demonstrasi di perkarangan Komtar pukul 12.30 tengah hari dan selepas itu mereka terus berada di situ sehingga kumpulan kedua iaitu lebih 300 orang dari 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berarak dari Masjid Jamek Simpang Enam selepas solat Jumaat tiba di Komtar.



Presiden NGO Tamilar Kular, David Marshel yang mengetui demonstrasi menyokong Ramasamy berkata kehadiran mereka adalah untuk menunjukkan solidariti untuk Ramasamy yang didakwa sebagai ‘pengganas’ oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami ada di sini untuk melawan sesiapa yang melabel Ramasamy seorang pengganas,” katanya kepada pemberita.

Kedua-dua kumpulan itu mengejek dan melakukan provokasi antara satu sama lain, kumpulan NGO Islam menjerit “Tangkap Ramasamy” manakala di pihak satu lagi menjerit “Kami menyokong Ramasamy”, namun mereka berada di dua kawasan di perkarangan Komtar serta dikawal rapi oleh polis.

Polis juga berulang kali mengeluarkan arahan kepada mereka agar menghentikan provokasi dan memberi amaran akan menangkap sesiapa yang tidak mendengar arahan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar yang turut hadir mengawal keadaan di perkarangan Komtar berkata, seramai 70 pegawai dan anggota terlibat dalam kawalan hari ini dan kedua-dua kumpulan diarah meninggalkan Komtar secara berasingan bermula pukul 3.00 petang.

“Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan tiada sesiapa yang ditahan walaupun berlaku kekecohan serta keadaan sedikit tegang ketika kedua-dua kumpulan berada di perkarangan Komtar tadi. Polis juga membenarkan NGO Islam berkenaan untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap Ramasamy kepada wakil Ketua Menteri Chow Kon Yeow,” katanya.

Beliau berkata polis akan memanggil wakil kedua-dua kumpulan itu untuk direkodkan keterangan kerana mereka mengadakan demonstrasi itu tanpa permit dan pihaknya akan membuka kertas siasatan.



Sementara itu, Yusof Azmi, yang juga bekas Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mengetuai bantahan NGO Islam hari ini berkata, pihaknya menerusi memorandum yang diserahkan meminta supaya Ramasamy meletak jawatan jika tidak dapat memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil (LTTE).

Yusof berkata mereka hari ini mengadakan demonstrasi bukan untuk bergaduh sebaliknya hanya mahu menyerahkan memorandum yang turut menyatakan bantahan terhadap Ramasamy yang mahu pendakwah Islam tersohor, Dr Zakir Naik diusir ke India.

“Kami berkumpul di sini bukan dasar anti mana-mana agama atau pengikutnya tapi kami hanya mahu membela kebenaran. Pada masa sama, kami juga minta pihak-pihak tertentu (yang berkepentingan) agar tidak mencampuri urusan Islam,” katanya.

ya.
Gambar yang memaparkan Ramasamy dan ahli politik pro-LTTE V Gopalasamy yang dikatakan diambil dalam majlis perkahwinan baru-baru ini tular dalam media sosial dan menimbulkan dakwaan ahli politik DAP itu mempunyai hubungan dengan kumpulan di Sri Lanka yang dianggap sebagai pengganas oleh beberapa negara.
Susulan itu, pelbagai pihak tampil membuat lebih 50 laporan polis terhadap Ramasamy kerana dikatakan menyokong kumpulan pengganas LTTE.
KOMTAR KECOH HIMPUNAN DESAK PRAMMASAMY LETAK JAWATAN
SUMBER : KOSMO ONLINE
Sumber : kualalumpurviral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post