Netizen di Malaysia memang terkenal dengan sikap mereka yang prihatin, lebih-lebih lagi dalam melibatkan perkara-perkara yang melihatkan aurat dan agama Islam.
Selagi berlapik takde masalah peluk cium? – Gambar Sharifah Sakinah dan Remy Ishak berpelukan dikecam netizen |
ARTIKEL MENARIK: “Kata bangkit dengan semangat baru, pergi ambik kepala punda tu lagi, bila nak berubah?” komen pedas Sharnaaz Ahmad selepas Zahid Hamidi menang pemilihan Umno
Gambar yang dimuat naik berserta dengan sebuah kapsyen itu telah membuatkan ramai netizen triggered dengan kenyataan pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu yang diibaratkan seperti mencurah minyak ke dalam api.
Saya yakin bila orang ramai tengok gambar ni mesti ada mulut-mulut yang bercakap tentang kehidupan peribadi saya berbanding filem ini atau akidah saya.
Saya tak nak pertahankan atau ulas panjang2 tetapi memandangkan ini adalah kerja saya, apa yang diperlukan untuk karakter saya dimana saya betul-betul lakukan dan suami juga menyokong apa yang saya lakukan.
Jadi, boleh tak kita sentiasa menghormati orang lain punya pilihan dan pandangan? Boleh?
Netizen yang tidak berpuas hati dengan penyataan yang ditulis oleh Sharifah Sakinah telah membanjiri ruangan komen dengan memberikan segala nasihat dan ayat pedas kepada pelakon tersebut.
Tidak kurang yang menasihati pelakon itu supaya lebih berhati-hati menjaga batas pergaulan dalam Islam dan dapat menerima teguran orang lain dengan hati yang terbuka dan tenang.
Tidak kiralah kita kerja apa sekalipun, walaupun bekerja dengan berlainan jantina, kita mestilah menjaga adab dan patuh Syara’ yang ditentukan dalam Islam.
Sumber : Sharifah Sakinah
sumber : ohmymedia.cc
Post a Comment