"Saya Pasti Ia Adalah Gambar Saya.” Selepas 6 Tahun, Pemilik Wajah Pada Kotak Rokok Mahu Saman, Tuntut Royalti Kerana Guna Gambar Tanpa Kebenaran!

"Saya Pasti Ia Adalah Gambar Saya.” Selepas 6 Tahun, Pemilik Wajah Pada Kotak Rokok Mahu Saman, Tuntut Royalti Kerana Guna Gambar Tanpa Kebenaran!

SELEPAS enam tahun gambarnya dirakam, seorang lelaki bukan saja terkejut, malahan marah apabila mendapati wajahnya terpampang pada kotak rokok di pasaran seluruh pelusuk Indonesia.

"Saya Pasti Ia Adalah Gambar Saya.” Selepas 6 Tahun, Pemilik Wajah Pada Kotak Rokok Mahu Saman, Tuntut Royalti Kerana Guna Gambar Tanpa Kebenaran!
"Saya Pasti Ia Adalah Gambar Saya.” Selepas 6 Tahun, Pemilik Wajah Pada Kotak Rokok Mahu Saman, Tuntut Royalti Kerana Guna Gambar Tanpa Kebenaran!

Tambah berang apabila gambar yang dicetak itu menunjukkan dia sedang menghisap rokok sambil mendukung seorang bayi dan disebelahnya dicetak amaran berbunyi, "Merokok berhampiran kanak-kanak adalah membahayakan kesihatan".

ARTIKEL MENARIK: 'Saya Terdengar Bayi Menangis, Ibunya Maut Di Bawah Papan.' Bayi 'Ajaib' Terkeluar Dari Rahim Ibu Selepas Perut Ibu Koyak Akibat Impak Dalam Kemalangan..


Lelaki dari Kuningan, Jawa Barat itu tampil mendakwa syarikat rokok itu menggunakan gambarnya.

Dadang Mulya memprotes tindakan syarikat rokok itu untuk tujuan komersial dan berhasrat menyaman pihak berkenaan kerana menggunakan wajahnya tanpa kebenaran.

Related image

"Saya pasti ia adalah gambar saya, walaupun ramai yang mempertikaikannya,' katanya seperti dipetik tribunnews.com.


Lelaki berusia 42 tahun itu mendakwa gambar itu dirakam pada 2012 ketika dia sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di kampungnya.

Related image

Ketika itu, seorang penjual rokok mendekatinya dan meminta dia menghisap rokok sambil mendukung anak keduanya, Rizki Indriawan yang masih bayi, manakala seorang lelaki yang berada dalam kereta telah merakam aksi itu.


Image result for Dadang Mulya

Related image

Dadang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap berkata, ketika itu dia tidak tahu tujuan gambar itu dirakam sehingga melihat wajahnya pada kotak rokok.


Bagaimanapun, rakan dan jirannya tidak mempercayainya selepas diberitahu mengenainya.

Image result for Dadang Mulya

Selepas berbincang dengan beberapa pihak, Dadang memutuskan untuk menuntut royalti dan telah menyerahkan kepada pihak peguam untuk mewakilinya.

Kredit : PenmerahPress

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post