Resipi Ayam Goreng Berempah Sukatan 1 Ekor Ayam. Mudah & Elok Berserdak!

Resipi Ayam Goreng Berempah Sukatan 1 Ekor Ayam. Mudah & Elok Berserdak!

Menu Ayam Goreng Berempah ni memang digemari ramai. Makan panas-panas, memang layan! Biasanya ia dinikmati bersama hidangan nasi lemak.

Resipi Ayam Goreng Berempah Sukatan 1 Ekor Ayam. Mudah & Elok Berserdak!
Resipi Ayam Goreng Berempah Sukatan 1 Ekor Ayam. Mudah & Elok Berserdak!

Makan dengan nasi putih panas-panas pun layan! Ada pula sambal kan, lagilah berselera. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Norwati Che Kar ni.

ARTIKEL MENARIK: Viral Harga Menu Daging Parlimen RM2,000 per Kg, Ini Jawapan Balas Pihak Terbabit


AYAM GORENG BEREMPAH ( 1 EKOR AYAM)

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam – potong kecil
  • 1 sudu makan kari ayam
  • 1 sudu makan serbuk cili atau cili blender (mana satu yang ada) 
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • Daun kari.
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai – potong saiz seinci setiap keratan
BAHAN KISAR KASAR & KERING:
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 2 sudu besar jintan kasar
  • 2 sudu besar jintan halus



CARA MEMASAK:
  1. Satukan semua bahan dan gaulkan pada ayam. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ayam hingga masak dan garing.
  3. Angkat dan sedia untuk dinikmati.


Tip:
  1. Untuk mendapatkan serdak ayam, masa potong serai, hiris anggaran seinci-seinci untuk setiap keratan.
  2. Jika perap ayam dalam jumlah yang banyak, kisar serai secara berasingan. Tapis dan buang air kisaran serai dan ambil seratnya sahaja.
Kredit resipi & foto: Norwati Che Kar

Kredit resipi:  Rasa.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post