Berita seorang bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif yang dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki sebelum m@yat-nya ditemukan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini malam tadi, telah meruntum hati netizen.
Pesanan Mufti KL Kepada Ibu Bapa Adam Rayqal. Apa Mufti KL Ini Pesan Memang Menyentuh Hati Ramai Orang |
Berdepan dengan dugaan berat tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam satu kenyataan di laman Instagram beliau hari ini menitikkan kata-kata semangat buat ibu bapa bayi lelaki itu.
ARTIKEL MENARIK: Kes Adam. Ini Luahan Fizo Omar Buat Ramai Wanita Jadi SAYU
Dr. Zulkifli berharap pasangan suami isteri itu tabah menghadapi ujian tersebut.
“Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini.
“Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya,” demikian tulis Dr. Zulkifli, hari ini.
Beliau dalam pada itu turut menyampaikan hadis kepada ibu bapa Adam Rayqal yang berbunyi; “Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?”
“Abu Hurairah menjawab: “Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga (Riwayat Muslim, no: 263).”
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mA-yat bayi itu yang dibalut dengan kain lampin dan disumbat di dalam beg berwarna hijau ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku, kira-kira jam 11 malam Selasa.
Sebelum penemuan mA-yat bayi itu, pengasuh Adam Rayqal dilaporkan mendakwa bayi itu hilang selepas dikatakan tersalah menyerahkan dia kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di rumah pengasuh terbabit pada jam 6.30 petang.
Memetik media, polis sudah menahan pengasuh terbabit yang berusia 33 tahun bersama rakan serumahnya berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam.
Pengasuh Ada Masalah Kemurungan?
A post shared by Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri (@drzulkifli.albakri) on Jul 3, 2018 at 10:41pm PDT
Sementara itu, Utusan Online melaporkan jiran suspek, Asrul Hamizam mendakwa pengasuh terbabit yang didakwa ibu tunggal dan mempunyai seorang anak kemungkinan mengalami kemurungan.
“Suspek sangat peramah, tidak sangka dia tergamak lakukan perkara ini mungkin ketika kejadian dia berada dalam keadaan penat dan hilang pertimbangan apa yang dilakukannya,” katanya.
Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Selayang, pagi ini, bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Sumber: Malaysian Digest
Sumber : Wartawan FB
Post a Comment