Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan pengerusi Khazanah Nasional Berhad selepas peletakan jawatan beramai-ramai ahli lembaga pengarahnya baru-baru ini.
Penyokong UMNO bengang Mahathir mengambil alih jawatan pengerusi Khazanah |
Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah.
Tan Sri Mohd Hassan Marican, yang juga ahli majlis penasihat kerajaan, juga disenaraikan dalam lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Dua lagi ahli lembaga pengarah yang lain ialah Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin.
ARTIKEL MENARIK: Kematian Pendaki Malaysia Di Gunung Rinjani Merupakan Kehilangan Yang Besar
Sukhdave merupakan bekas timbalan gabenor Bank Negara manakala Goh adalah pengarah di Maybank Asset Management Group Berhad dan pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi pembangunan pasaran.
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai pengerusi Khazanah pada 31 Mei selepas BN tewas pada pilihan raya umum ke-14.
Sukhdave meletak jawatan dari Bank Negara pada November tahun lepas, sebulan sebelum umur persaraannya.
Bank Negara, dua bulan kemudian pada Januari 2018, mengumumkan pemerolehan tanah seluas 22.5 hektar daripada kerajaan dengan nilai RM2 bilion.
Kerajaan BN kemudian menggunakan dana itu untuk menyelesaikan hutang 1MDB daripada International Petroleum Investment Company (IPIC).
Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim kemudian meletak jawatan selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan persekutuan.
Dalam kenyataannya, Pejabat Perdana Menteri berkata pengarah urusan Khazanah akan diumumkan kemudian.
ANTARA KOMEN2 NETIZEN
Azhar M Norizan Cepat betul sakau duit…
Md Asrul Kami perompak penyamun dan pencuri . Koh koh koh
Mohd Taufek Md Sani Kata tak letak org politik dlm glc. Ini cakap lain buat lain. Rakyat dah kena tipu.
Sayyidul Mukhtar Al Ajami dapat jadi pm, jaja hutang negara 1 trilion, dapat jadi chairman khazanah, jaja konon 3 billion hilang dari khazanah, siapakah dia, cuba teka?
Ryzal Ryn melingkoplah…dia ni bukan pandai berniaga…zaman dia..anak dia pon melingkop berniaga..dia juga gagal melahirkan usahawan melayu..yg lahir pon banyak melingkop..dia bukan darah perniaga…
Ryzal Ryn kau tanya anak marican tu mana pergi wang petronas masa dia jadi org besar petronas..nak kata minyak murah tak gak..nak kata org ganu/srwk/sbh…hidup senang tak gak..zaman najib wang petronas bertambah..zaman TUN..dan dia wang minyak susut…bab ni semua kaki samun…wang rakyat..azmin ada harapan jd PM ke 8…
VIDEO SEKADAR HIASAN
Sumber : HelangMerah.
Post a Comment