Penyokong Berjaya Kumpul Lebih RM500,000 Untuk Ikat Jamin Najib

Penyokong Berjaya Kumpul Lebih RM500,000 Untuk Ikat Jamin Najib

Penyokong Umno dijangka menyerahkan sekurang-kurangnya RM300,000 kepada Datuk Seri Najib Razak esok bagi membantu membayar wang ikat jamin dalam kes mahkamah yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Penyokong Berjaya Kumpul Lebih RM500,000 Untuk Ikat Jamin Najib
Penyokong Berjaya Kumpul Lebih RM500,000 Untuk Ikat Jamin Najib
Bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii, yang menyelaraskan Tabung Solidariti Najib, berkata wang itu akan diserahkan di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Razlan, dalam mesej yang disampaikan kepada penyokongnya menyeru mereka untuk hadir di kediaman Najib pagi esok.

ARTIKEL MENARIK: Najib: Inilah 'Harga' Saya Kena Bayar Selepas 42 Tahun Berjasa


Tambahnya, sehingga hari ini sejumlah RM310,245 telah berjaya dikumpulkan.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM88,111 diperoleh secara tunai manakala RM222,134 lagi disalur menerusi akaun bank.

Bagaimanapun, Razlan menambah jumlah keseluruhan hanya akan diketahui esok.


Sementara itu, Bernama melaporkan Wanita Umno berjaya mengumpulkan RM261,286 untuk membayar wang ikat jamin tersebut.


Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad dalam satu kenyataan, berkata sayap wanita itu menyerahkan wang serta dua utas gelang kepada Najib hari ini.

"Saya berasa amat bangga dan terharu dengan pengorbanan yang dilakukan anggota Wanita Umno untuk membantu Datuk Seri Najib," katanya.

Najib pada Rabu didakwa atas pertuduhan menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah kira-kira RM42 juta.

Beliau dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Najib pada hari yang sama membayar wang tunai RM500,000 dan perlu membayar baki RM500,000 esok.

Peguam utama, Datuk Seri Shafie Abdullah sebelum ini menawarkan geran rumah Najib bernilai RM4 juta, memandangkan akaun bank bekas presiden Umno itu telah dibekukan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah perkara itu. - Malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post