Bintang Gema Gegar Vaganza musim pertama, Wani Selamat baru-baru ini muncul dengan single terbaharu berjudul Pendusta Cinta.
![]() |
“Penyanyi Wanita Berhijab Nak Menyanyi Silakan, Tapi Tak Payahlah Menari” – Pendakwah Nasihatkan Wani? |
Lagu yang menampilkan duet bersama Waris itu menyaksikan Wani beraksi lincah menari dalam muzik video lagu terbabit.
Bagaimanapun, seorang pendakwah selebrti, Da’i Luqman menyatakan pendirian terhadap konsep muzik video lagu itu yang disifatkan boleh mengundang fitnah besar.
ARTIKEL MENARIK: 'Maaf, no comment' - Sajat elak jawab dakwaan mohon tukar status jantina pada MyKad di Putrajaya
“Buat seorang penyanyi wanita popular berhijab, nak menyanyi silakan tapi tak payahlah sampai menari.
“Kerana itu mengundang fitnah besar buat wanita lain yang bertudung.
“Niat untuk bagi malu bagi orang yang dah hilang malu,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
A post shared by Da'i Luqman ™ (@dailuqman) on Jul 21, 2018 at 4:46am PDT
Biarpun Luqman tidak menyebut nama mana-mana penyanyi wanita berhijab, netizen mula merujuk status terbabit ditujukan kepada Wani.
Wani.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @dailuqman, @wanimusic
Sumber: Gempak
Post a Comment