SEGAMAT – Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) menyuarakan kebimbangan terhadap pandangan bercanggah antara Menteri Pendidikan dan timbalannya berkaitan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Peminjam gagal bayar PTPTN diisytiharkan muflis & senarai hitam |
Presidennya, Normala Sudirman berkata, sebelum ini Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membuat pengumuman bahawa peminjam PTPTN yang memiliki pendapatan di bawah RM4,000 sebulan diberi kelonggaran pembayaran pinjaman.
“Namun, ia bercanggah pula dengan kenyataan yang dibuat oleh timbalannya, Teo Nie Ching apabila beliau mengatakan peminjam yang gagal melunaskan pembayaran akan diisytiharkan muflis dan disenaraihitamkan Imigresen Malaysia.
ARTIKEL MENARIK: Tolong jangan hina agama saya! Najib beri amaran pada Lim Kit siang
“Kenyataan terkini antara dua individu yang bercanggah seperti ini bukan sahaja dianggap memungkiri janji, tetapi akan mengelirukan rakyat terutama pengundi muda yang pasti menganggap diri mereka telah tertipu,” katanya.
Normala berkata, kerajaan dan Kementerian Pendidikan juga digesa agar lebih cermat dalam membuat kenyataan dan melahirkan pandangan agar dilihat tidak bercanggah antara satu sama lain walaupun dalam kementerian atau jabatan yang sama.
Katanya, ini kerana tindakan tersebut tidak baik untuk masa depan rakyat yang mengharap pembelaan berkaitan isu pinjaman PTPTN ini.
“Pendidik sentiasa menyokong apa sahaja usaha murni demi kebaikan masa depan pendidikan anak bangsa. Bagaimanapun jika ada kepincangan warga pendidik tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan bantahan dan pandangan demi keharmonian negara,” katanya.
SEBELUM INI DR MASZLEE MEMBUAT PENGUMUMAN GAJI BAWAH RM4000 TAK PERLU BAYAR PTPTN
PTPTN: Selagi gaji belum cecah RM4,000, tak perlu bayar – Dr Maszlee
Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, ini kerana, ia merupakan 10 janji dalam 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (Harapan). Katanya, perkara itu akan menjadi
antara fokus utama dalam jawatankuasa khas diketuai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan yang akan dibentuk dalam tempoh terdekat ini.
“Kita akan melihat isu itu secara komprehensif dan holistik bagi merealisasikan janji tersebut. Selagi gaji belum mencecah RM4,000, mereka tidak perlu bayar. Kita tidak tetapkan tempoh-tempoh tertentu. Namun, jika mereka tetap ingin membayarnya, kita amat alu-alukan.
“Kita juga akan berhubung dengan pihak imigresen untuk tamatkan sekatan peminjam ke luar negara,” katanya selepas Majlis Serah – Terima Tugas Mantan Menteri Pendidikan kepada Menteri Pendidikan di sini, pada Selasa.
Pada majlis itu, bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menyerahkan tugas kepada Maszlee. Ditanya bagaimana modal pusingan PTPTN untuk disalurkan kepada pelajar baharu sekiranya peminjam tidak membayarnya, Maszlee yakin peminjam sedia ada akan melunaskan pinjaman itu.
“Sebelum ini, peminjam sedia ada tidak bayar disebabkan tekanan ekonomi dan keadaan ekonomi negara yang tidak berapa baik. Bila ekonomi pulih dengan komitmen Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukannya, saya yakin tiada alasan bagi peminjam sedia ada untuk tidak membayarnya,” katanya.
ucapan Dr Maszlee Malik PTPTN tak perlu bayar jika gaji bawah RM4000 sebulan
Kredit : HelangMerah.
Post a Comment