Peguam: Rosmah Tak Beli Barang Kemas Dari Tukang Emas Lubnan

Peguam: Rosmah Tak Beli Barang Kemas Dari Tukang Emas Lubnan

Peguam kepada isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor menafikan anak guam mereka ada membeli barangan kemas daripada seorang tukang emas Lubnan.

Peguam: Rosmah Tak Beli Barang Kemas Dari Tukang Emas Lubnan
Peguam: Rosmah Tak Beli Barang Kemas Dari Tukang Emas Lubnan
"Kami ingin menegaskan bahawa semua barangan kemas yang dinyatakan dalam kenyataan tuntutan SAL Royalty Global, dihantar kepada anak guam kami untuk melihatnya, dan tidak ada yang dibeli oleh Rosmah.

"Tuduhan disebarkan bahawa barangan kemas yang disenaraikan oleh Royalti Global telah dibeli, dan dibeli menggunakan dana yang dicuri, oleh itu tidak berasas dan tidak benar," kata peguamnya, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL MENARIK: Ceramah Disekat, Ustaz Kazim Mahu Jual Pusat Tahfiz RM5,000,000


Peguam berkenaan juga memberitahu mereka mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan Rosmah.

Terdahulu hari ini, Malaysiakini melaporkan Royalti Global memfailkan saman AS$ 14.79 juta (RM59.831 juta) terhadap Rosmah bulan lalu atas penghantaran 44 unit barangan kemas.

Firma yang berpangkalan di Beirut mendakwa, konsainan telah dihantar kepada Rosmah pada bulan Februari dan barangan kemas itu dirampas oleh polis pada bulan Mei.

Syarikat itu juga mendakwa Rosmah dalam surat bertarikh 22 Mei mengakui menerima barangan tersebut.


Dalam kenyataan mereka hari ini, Kumaraendran dan Geethan Ram turut mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mengatakan Rosmah tidak memfailkan sebarang permintaan agar barang kemas yang dirampas oleh polis dipulangkan.

Mereka berkata rampasan itu tidak dilakukan dengan kehadiran Rosmah dan tiada senarai barangan yang telah dirampas diberikan kepada isteri bekas perdana menteri itu.

Mereka menambah permintaan untuk mendapatkan kebenaran memeriksa dan mengenal pasti barangan yang dirampas juga telah ditolak oleh polis dan sedang menunggu rayuan.

"Sebelum didakwa, anak guam kami ingin memastikan barang-barang yang dirampas terlebih dulu, dan mengenal pasti barang-barangnya, kerana semasa serbuan, barangan milik anak perempuan dan menantu kepada anak guam kami juga dirampas.

"Kes ini hanya adil jika Rosmah diberi izin untuk mengenal pasti barangan kepunyaannya sendiri," kata mereka.

Polis sebelum ini merampas barang kemas dan barangan lain termasuk wang tunai dan beg tangan jenama mewah sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap skandal 1MDB.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh berkata jumlah barangan yang dirampas itu dianggarkan bernilai mencecah RM1.1 bilion.

ARTIKAL BERKITAN:



Sumber: Malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post