“Orang lain bergolok gadai nak bantu bapa, tapi dia boleh ‘enjoy’ dekat Russia!” – Chef Wan

“Orang lain bergolok gadai nak bantu bapa, tapi dia boleh ‘enjoy’ dekat Russia!” – Chef Wan

Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan mempertikaikan tindakan anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Russia.

“Orang lain bergolok gadai nak bantu bapa, tapi dia boleh ‘enjoy’ dekat Russia!” – Chef Wan
“Orang lain bergolok gadai nak bantu bapa, tapi dia boleh ‘enjoy’ dekat Russia!” – Chef Wan

Melalui hantaran di Instagram miliknya, Chef Wan mempersoalkan tindakan Datuk Nazifuddin Najib itu kerana sebelum ini keluarga terbabit didakwa tidak mempunyai wang sehingga mendorong pihak tertentu melancarkan kutipan derma bagi membayar baki wang ikat jamin bapanya yang berjumlah RM1 juta.

“Dalam tak ada duit dan macam-macam alasan lagi, lihat siapa di Piala Dunia. Ada dengar sampai sanggup gadai barang kemas untuk membantu bekas perdana menteri kita.

ARTIKEL MENARIK: Aksi Heboh Di Parlimen. Ini Komen Berani Penyanyi Amy Search Buat Ramai Setuju


“Dah la itu, boleh lagi marah rakyat (yang) tak setia pada Umno dan belot dan sebagainya,” tulis Chef Wan beserta gambar Nazifuddin sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Perancis dan Croatia.
Dalam tak ada duit dan mcm2 alasan lagi look who is at the world cup. Ada dengar sampai sanggup gadai barang kemas untuk membantu our X PM. Kenapa tak jual rumah mereka terus dan tambah kan lagi? Mereka lupa ke with tons of jewelleries yg tak terpakai boleh pula nak tambah lagi dari Lebanon? The same family juga la yg suruh kita cekek kangkong, beli 3 mcm Kueh dan beli 2 baju Raya ke nak kena berjimat konon when they enjoyed such luxurious life. Helloo buka la biji mata tu sikit! Negara banyak menangung hutang sepatutnya kita menderma mengurang kan beban negara at the same time juga membantu mereka yg susah secara tidak langsung. Ini tak org yg berbakul berbakul simpan barang kemas dan duit seumpama sampah dalam bilik tu pulak yg kita nak selamat kan. Masuk akal ke semua perbuatan yg " Mulia" ini? Dah la itu boleh lagi marah rakyat tak setia pada Umno dan belot etc. Sejak bila kita janji pemerintah ni semua yg mereka ini bila kerkuasa sign mati merintah negara ini pulak? Hak memilih always jatuh pada rakyat itu sendiri di dalam negara yg ber democracy pun. Naturally not all of us termakan budi sampai kan politicians abused their position we still need to close one eye and lived in denial. Lets not forget setiap politicians that is in service in this country pun have their own perks and luxury in life. Bukan la mereka ini berkorban untuk kita dan hidup mereka ni merempat pun. Eeee jgn la bangkit kan issue konon just because hari ini kita tidak menyokong mereka2 ini membuta tuli unlike some tiba2 kita di label manusia yg kenang jasa la pulak! So what does that mean. They are untouchable? In the next election even in the Pakatan pun jika ada Menteri yg tak boleh perform then they too have to step down! I dont care which party represent this country pun as long we have good and honest leaders to lead us regardless of apa bangsa pun! We are all Malaysian and have our constitutional rights. Today we have formed our new Malaysia. Alhamdulilah.
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on Jul 16, 2018 at 7:22pm PDT
Bagaimanapun Chef Wan kelihatan tidak memihak kepada mana-mana parti dengan pandangan diberikannya itu.

Melalui hantara sama Chef Wan berkata beliau tidak peduli parti mana atau tokoh dari bangsa apa menjadi pemimpin Malaysia asalkan pihak terbabit jujur dalam mentadbir negara.

“Pada pilihan raya umum akan datang kalau ada menteri Pakatan Harapan yang tak boleh menjalankan tugas dengan baik, maka mereka mesti berundur!” katanya.

Nak ke Jakarta pula

Perancis akhirnya muncul juara Piala Dunia buat kali kedua selepas menundukkan Croatia 4-2. Pasukan dikenali dengan julukan Les Bleus itu melakukannya untuk kali pertama pada 1998.



Perlawanan berlangsung di Stadium Luzhniki di Moscow.

Nazifuddin pada 5 Julai lalu sempat memuat naik luahan hatinya mengenai ujian dihadapi Najib selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan pusat.

Kata Nazifuddin bapanya sanggup melalui penderitaan jika langkah itu dapat membuat rakyat Malaysia yang dikasihinya bahagia.


Selain mengecam serbuan polis di kediaman Najib, Nazifuddin juga menyifatkan Malaysia hari ini tidak jauh beza dengan keadaan 30 tahun lalu ketika di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.



Bagaimanapun beberapa hari kemudian nama Nazifuddin kembali meniti di bibir orang ramai apabila gambarnya bertemu pelakon Taiwan, Celia Zhang, tular di internet.

Untuk rekod Nazifuddin turut aktif dalam bidang sukan. Di peringkat domestik beliau ialah setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang dilantik menggantikan Datuk Low Beng Choo pada Mei lalu.

Sementara itu, melalui Facebook pula Nazifuddin memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau berada di Stadium Luzhniki pada 15 Julai lalu.

Ekoran itu, beliau menerima pelbagai komen termasuk yang mempertikaikan tindakannya menonton Piala Dunia.

Semalam pula, dalam satu kapsyen gambar, Nazifuddin menulis bahawa beliau akan ke Jakarta pula selepas ini bagi menghadiri Sukan Asia 2018.

Malah, beliau turut menulis tanda pagar #iworkinsports. Ia dipercayai sebagai respon terhadap pihak yang mempertikaikan beliau menonton Piala Dunia.

“Gambar saya di UK (United Kingdom). Mungkin ini boleh jadi bahan berita untuk esok.
“Seterusnya saya perlu berada di Jakarta untuk Sukan Asia. #iworkinsports,” tulis anak lelaki Najib itu.

Sumber Cenggitu cenggini via MatBawang

Kredit : V i R a L M a N i A

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post