Nooryana Najwa Mempersoalkan Mengapa Akaun Peribadinya Termasuk Anaknya Dibekukan, Ini Jawapan Tun M!!

Nooryana Najwa Mempersoalkan Mengapa Akaun Peribadinya Termasuk Anaknya Dibekukan, Ini Jawapan Tun M!!

Memetik Astro AWANI, Nooryana membuat dakwaan itu menerusi kumpulan Facebook ‘Malaysians for Civil Liberty’ pada Khamis.

Nooryana Najwa Mempersoalkan Mengapa Akaun Peribadinya Termasuk Anaknya Dibekukan, Ini Jawapan Tun M!!
Nooryana Najwa Mempersoalkan Mengapa Akaun Peribadinya Termasuk Anaknya Dibekukan, Ini Jawapan Tun M!!
“Sebaik saya membayar jaminan bapa saya semalam (Rabu) dengan wang yang dikumpul daripada rakan dan saudara-mara, pihak bank memaklumkan mereka menerima arahan untuk membekukan akaun peribadi saya yang digunakan untuk membayar yuran pengajian saya,” tulisnya.

Ekoran itu, Yana mempersoalkan motif kerajaan membekukan akaun mereka.

ARTIKEL MENARIK: Kutip Sampah Pun Kena Kritik. Akhirnya Syed Saddiq Buka Mulut Dan Ceritakan Sesuatu


“Adakah kerajaan terlalu berdendam hingga mahu ‘menghapuskan’ seluruh ahli keluarga kami?” soalnya.

Menurut laporan, kumpulan FB berkenaan diwujudkan pertengahan Jun lalu bertujuan memastikan perbicaraan Najib dilakukan dengan adil tanpa prasangka.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan Najib pulang selepas anaknya, Norashman dan Nooryana membayar separuh daripada ikat jamin RM1 juta yang telah ditetapkan.


Beku akaun, bukan balas dendam: Tun M

Tindakan membekukan akaun keluarga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah bersifat balas dendam.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan keluarga Najib bahawa tindakan pembekuan akaun itu berunsur balas dendam.

“Kita nak balas dendam buat apa? Apa yang mereka buat pada kita dulu, tidak pernah pun kita merungut.

“Semua kawan saya dihalau, tak bagi berkawan dengan saya. Pembekuan akaun mereka (kawan-kawan) juga dilakukan. Kita tak merungut pun,” katanya ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Beliau menyifatkan dakwaan keluarga Najib ini sebagai tuduhan.

“Ini tuduhan, kalau mereka fikir tindakan pembekuan ini sebagai salah, mereka boleh bawa perkara ini ke mahkamah,” tegasnya.

Semalam, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa mendakwa ada pihak mengarahkan pihak bank untuk membekukan akaun peribadi beliau dan anaknya yang berusia 10 bulan.

Dakwa Nooryana Najwa, akaun bank anaknya itu hanya mengandungi wang berjumlah RM100 untuk menyimpan duit raya yang pertama kali diterima bayi itu.

Beliau mempersoalkan adakah kerajaan sangat berdendam dan mahu menyingkirkan seluruh ahli keluarganya.

“Apakah kaitan simpanan anak saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia Baru yang rakyat harapkan?,” tulis Nooryana Najwa melalui catatan Facebook yang ditujukan kepada grup Malaysians for Civil Liberty (Rakyat Malaysia untuk Kebebasan Sivil).

Kredit : WartawanFb

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post