Mengejutkan. Malam tadi ramai tertanya kenapa Najib sambut hari jadi ke 65 beliau, dua hari lebih awal. Ini puncanya. Allahu.
Najib Sambut Hari Jadi Ke 65, Dua Hari Lebih Awal. Ini Puncanya. |
NAJIB RAI HARI JADINYA BERSAMA WARIS MANGSA MH17
ARTIKEL MENARIK: Bayi 10 bulan 2 terjatuh dari buaian di rumah pengasuh, meninggal dunia
Meskipun masih bergelut dengan siasatan ke atasnya berhubung skandal 1MDB, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lupa untuk menyambut hari jadinya yang ke-65, malam tadi.
Ulang tahun itu yang disambut dua hari lebih awal dari tarikh lahir beliau yang sebenar diadakan di kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur dan dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga serta rakan-rakannya.
Sambutan itu juga adalah sempena memperingati kematian 283 penumpang dan 15 anak kapal yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai 2014.
Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan solat hajat di surau kediamannya di tingkat bawah, disusuli dengan solat Maghrib and Isyak.
Selepas itu, ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan diajak naik ke tingkat atas pekarangan luar rumah yang mempesonakan untuk menjamu pelbagai juadah, termasuk hidangan laksa Johor dan kuih-muih tradisional sambil diserikan dengan persembahan ghazal.
Selain itu, majlis juga mempunyai tiga kek dengan salah satunya menyerupai sebuah beg golf dihiasi figura miripnya serta dua pulut kuning.
Majlis itu turut dihadiri oleh ibu Najib, Tun Rahah Mohammad Noh dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib dalam ucapannya menyatakan rasa terharu dengan kesudian tetamu dari seluruh negara yang datang meraikan ulang tahun kelahirannya.
“Saya menghargainya (sambutan ini), untuk meraikan majlis istimewa ini dengan menggunakan perbelanjaan anda sendiri untuk menghadirinya dan turut menyumbang kepada majlis ini.
“Kehadiran anda di majlis ini bukan kerana saya dalam kerajaan tetapi kerana anda masih percaya dan sokong saya,” katanya.
Berkenaan tragedi MH17 pula, Najib berkata beliau telah memainkan peranan sebagai perdana menteri dan berharap kerajaan baru akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab kepada insiden itu.
17 Julai lalu merupakan ulang tahun keempat kejadian yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Laporan Reuters pada Mei lalu memetik ketua siasatan jenayah polis Belanda yang mengesahkan MH17 ditembak jatuh pada oleh misil tentera Rusia.
Kementerian pertahanan Rusia bagaimanapun menafikan pihaknya terlibat dalam insiden berkenaan. (Sumber: Malaysiakini)
TONY PUA DEDAH KENAPA TAK DILANTIK MENTERI
Ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk jemaah menteri kabinetnya selepas PRU14, timbul persoalan mengapa Anggota Parlimen Damansara Tony Pua tidak terpilih menjadi menteri.
Pua yang menang majoriti parlimen paling besar dalam PRU14 itu terkenal pengkritik hebat skandal 1MDB dan pernah menjadi anggota Jawatankuasa Akaun Kira-kira Awam (PAC) yang ditugaskan menyiasat syarikat pelaburan dana negara itu.
Pada suatu forum di kawasan parlimennya hari ini, Tony Pua mendedahkan sebab beliau tidak terpilih sebagai jemaah menteri adalah kerana beliau memilih berada dalam kerajaan sebagai pegawai khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Ia pilihan dan saya fikir ia pilihan tepat kerana kementerian kewangan sangat besar. Tiada seorang pun yang dapat mentadbirnya bersendirian.
“(Kami perlu untuk) bekerja dengan pegawai kementerian, melihat dasar-dasar, isu-isu… saya fikir keberadaan saya di situ membolehkan keadaan dapat diatur dnegan pantas.
“Itulah keputusan yang menggembirakan saya,” kata beliau memberitahu forum anjuran DAP di Petaling Jaya hari ini.
Jadi ‘Macai’ Bantu Guan Eng
Pua dan MP Bangi Ong Kian Ming dilantik menjadi pegawai khas Lim bermula 22 Mei lalu tanpa sebarang bayaran.
Kemudian, Ong dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan dan industri.
Menurut Pua kerja-kerjanya di kementerian kewangan lebih memberi kepuasan berbanding menjadi menteri atau timbalan menteri, maka sebab itulah beliau tidak dinamakan DAP dalam senarai cadangan menteri.
“Cukup jelas, mungkin saya boleh berbuat lebih banyak dengan menjadi ‘macai’ membantu Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan melakukan perkara-perkara yang saya baik, melakukan perkara-perkara yang saya suka lakukan dan mendapat banyak kepuasan berbanding mengambil jawatan menteri atau timbalan menteri…”
“Bukanlah saya ini dipinggirkan parti, parti tidak mahu saya atau apa saja. Saya sendiri yang menaip (senarai menteri DAP) itu,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)
Kredit : khalifahmailonline
Post a Comment