Najib: Inilah 'Harga' Saya Kena Bayar Selepas 42 Tahun Berjasa

Najib: Inilah 'Harga' Saya Kena Bayar Selepas 42 Tahun Berjasa

Datuk Seri Najib Razak "menerima" nasibnya diheret ke mahkamah walau sudah 42 tahun berkhidmat kepada negara.

Najib: Inilah 'Harga' Saya Kena Bayar Selepas 42 Tahun Berjasa
Najib: Inilah 'Harga' Saya Kena Bayar Selepas 42 Tahun Berjasa
“Kalau inilah harga yang terpaksa saya bayar, kerana selama 42 tahun saya berkhidmat untuk rakyat, saya reda," kata bekas perdana menteri.

Berusia 64 tahun, beliau berdepan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa antara 2011 hingga 2015 membabitkan SRC International berjumlah RM42 juta.

ARTIKEL MENARIK: Ini Biodata Datuk Seri Amar Singh Yang Ramai Tak Tahu. Patut La Muka Macam Kenal Je.


Najib "teruja" dengan kehadiran penyokongnya termasuk dari Pekan, Pahang yang sukarela berhimpun di kompleks mahkamah tempoh hari.

Beliau turut melambai kepada mereka ketika mengharungi ratusan orang semasa meninggalkan kompleks mahkamah tersebut.


Lim: Saya akan pertahan Najib jika benar dia mangsa politik

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata beliau sendiri akan bangkit mempertahankan Datuk Seri Najib Razak jika bekas perdana menteri itu benar-benar menjadi mangsa dendam politik.

"Jika Najib boleh tunjukkan beliau memang mangsa dendam politik, saya sanggup perjuangkannya," katanya kepada pemberita di Semenyih hari ini.

Pada 5 Julai lalu, anak Najib, Datuk Nazifuddin Najib berkata bapanya hanyalah seorang lagi mangsa pendakwaan berat sebelah ekoran "politik feudal yang penuh dendam"

Lim mempersoalkan dakwaan itu dengan membangkitkan bagaimana Najib tidak dipaksa ke mahkamah dengan memakai seragam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta dibenarkan untuk membayar ikat jamin secara ansuran.
Anggota Parlimen Iskandar Puteri itu juga memuji layanan SPRM itu dan berharap ia akan menjadi amalan badan itu.

Rabu lalu, Najib dihadapkan tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM 42 juta.

Najib yang ditahan SPRM sehari sebelumnya hadir ke mahkamah dengan memakai kot dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta.

Sejumlah RM500,000 dibayar pada hari itu, dan bakinya perlu dibayar Isnin ini.

Wartawan FB

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post