NAMA Sahar Tabar mungkin tidak dikenali. Namun jika sebut mengenai seorang wanita mengubah wajah supaya persis Angelina Jolie barangkali ramai yang akan ingat.
Masih Ingat Gadis Cantik Menjadi Tular Bertukar 'Zombie' Angelina Jolie? Ini Wajah Sebenarnya.. |
Wanita Iran ini pernah mencetuskan sensasi tahun lalu selepas berkongsi wajah baharunya yang dikatakan ’mirip’ bekas isteri Brad Pitt itu di laman media sosial.
Sahar, 20, ketika itu dilaporkan sanggup buat 50 pembedahan pada wajahnya supaya kelihatan seperti Jolie, namun dalam versi zombie.
ARTIKEL MENARIK: "I Did It." Sempat Muat Naik Gambar Di Facebook Sebelum Maut Dalam Bencana Gempa Bumi Di Lombok..
Akhirnya seperti yang semua tahu, Sahar mengaku foto berkenaan bukan 100 peratus asli, sebaliknya ditambah kesan solekan khas dan teknik gubahan menggunakan aplikasi Fotoshop.
Baru-baru ini Sahar memuat naik dua foto wajah sebenarnya di laman sosial Instagram. Jelas ia jauh lebih jelita berbanding apa yang dikongsi sebelum ini.
A post shared by Sahar👽Tabar (@sahartabar_offcial) on Jul 7, 2018 at 10:30am PDT
A post shared by Sahar👽Tabar (@sahartabar_offcial) on Jul 5, 2018 at 8:33am PDT
Bagaimanapun, apa yang ketara, di bahagian hidung dan pipi wanita muda ini, kelihatan tidak asli.
Dalam temu ramah bersama media Rusia sebelum ini, Sahar mengaku pernah membuat pembedahan di dua bahagian berkenaan namun tidaklah sampai 50 kali.
“Saya tidak sedikitpun terfikir mahu menjadi Angelina Jolie.
“Saya juga tidak mahu menjadi watak kartun the Corpse Bride,” kata Sahar.
Jelasnya lagi, apa yang dilakukan adalah hanya satu projek seni selain caranya menggambarkan ekspresi diri.
Dia juga hairan, mengapa pada zaman serba canggih ini masih ada yang tidak mampu membezakan yang mana asli, yang mana tiruan. - Astro Awani
Post a Comment