Umno Terengganu jadi bingung apabila Zahid melantaik Mahdzir Khalid dari Kedah sebagai Ketua Umno Terengganu. Ini respon mengejutkan akar umbi yang berani.
Mahdzir Khalid Dilantik Ketua Umno Terengganu. Ini Respons Akar Umbi Yang Berani |
ARTIKEL MENARIK: Malaysia mungkin ada satu lagi menara tertinggi
Tindakan UMNO Pusat melantik ‘orang luar’ mengemudi Badan Perhubungan UMNO Terengganu disifatkan sebagai satu penghinaan kepada ahli parti negeri itu.
Ahli veteran UMNO, Datuk Roslan Awang Chik, berkata ‘luka’ kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) belum sembuh dan kini bagai ditambah dengan perkembangan terbaru itu.
“Pelantikan (Datuk Seri) Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu tidak boleh diterima, ia adalah satu penghinaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, keputusan pucuk pimpinan parti itu meminggirkan kemampuan pemimpin UMNO di Terengganu untuk menguruskan urusan parti di peringkat negeri.
Katanya, ahli masih cuba melupakan kekalahan BN dan isu yang menjejaskan moral serta kesetiaan mereka.
“Mereka percaya UMNO mampu bangkit semula dengan pimpinan baharu, namun jelas mereka yang berkuasa tidak mahu melihat kebangkitan semula parti ini.
“Saya tidak faham keputusan ini. Sekarang bukan 1999 (ketika BN tewas di Terengganu kepada PAS).
“Pelantikan timbalan juga menimbulkan persoalan. Walaupun dilahirkan di Terengganu, Datuk Din Adam tewas kerusi Parlimen Dungun.
“Kita ada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua ahli Parlimen. Kita ada ketua bahagian yang menang pada pilihan raya, kenapa tidak boleh pilih antara mereka untuk memimpin UMNO Terengganu,” katanya.
Seorang lagi veteran UMNO, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pemimpin UMNO perlu lebih sensitif pada suara akar umbi.
“Lihat komen di media sosial. Hampir semua menentang pelantikan orang luar.
“Ramai yang marah dan hilang semangat, malah kekecewaan ini mungkin diterjemah dalam bentuk undi pada pilihan raya akan datang.
“Jika parti memutuskan untuk menukar pemimpin dalam tempoh tiga tahun lagi, ketika itu sudah terlewat. Bukan senang mengubat hati yang luka,” katanya. (Sumber: Berita Harian)
NAJIB – AHLI UMNO YANG BERPALING TADAH SILA KELUAR PARTI
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta ahli UMNO yang berpaling tadah selepas pemimpin dan parti jatuh serta kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), supaya keluar daripada parti itu.
Beliau berkata, UMNO hanya memerlukan ahli yang sanggup susah dan senang bersama parti.
“Kadang-kadang ada juga orang kita melaungkan kesetiaannya, tapi kesetiaan waktu kita berkuasa. Apabila kita dah tak ada kuasa, bendera UMNO dipijak-pijaknya.
“Orang begini memanglah lebih baik dia keluar UMNO. Kita hanya nak orang setia dan sanggup atau berani mati dalam UMNO,” katanya seperti dilaporkan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu ketika berucap di hadapan sekumpulan penyokongnya di sebuah restoran, di sini, semalam.
Bekas Presiden UMNO itu yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan anaknya diraikan pada majlis ramah mesra anjuran Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Wanita UMNO Cawangan Pulau Ketam.
Najib turut melahirkan kesedihan beliau atas kekalahan UMNO (Barisan Nasional) pada PRU-14 dan antara faktornya ialah ahli parti itu sudah lupa prinsip serta nilai perjuangan mereka.
“Kita lebih mementingkan apa yang kita boleh dapat. Kita lebih pentingkan kelompok kita sendiri, sehingga kalau kita tak dapat apa kehendak kita, kita sanggup membelakangkan parti.
“Malah ada juga berkelakuan seperti mengugut parti kita jika tak jadi calon, yang anehnya ia dilakukan oleh mereka yang ada jawatan dalam parti. Kalau inilah perangainya, maka tak hairanlah bila pembangkang mengasak kita, orang melihat UMNO ini dalam satu keadaan, di mana kita sudah lupa akan nilai tradisi perjuangan,” katanya. (Sumber: Berita Harian)
Sumber : khalifahmailonline
Post a Comment