Dalam sidang media hari ni, Lim Guan Eng mendedahkan yang bekas PM, Najib pernah buat bayaran kepada Arul Kanda. Jumlahnya buat ramai terkedu susah nak percaya. Banyak sangat tu. Tak sangka. Allahu.
Lim Guan Eng Dedah Najib Pernah Bayar Arul Kanda. Jumlahnya Buat Ramai Terkedu. Allahu. |
LIM GUAN ENG DEDAH NAJIB BAYAR ARUL KANDA RM5 JUTA
ARTIKEL MENARIK: 'Siap Sumbat Kapas Dalam Hidung.' Lelaki Pura-Pura Mati, Isteri ‘Upload’ Gambar Tagih Simpati Sumbangan Duit Dari Keluarga Dan Rakan-Rakan..
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bayaran sebanyak RM5 juta telah dibuat kepada bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, dedah Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.
Ini sekali gus mengesahkan laporan eksklusif Malaysiakini pada bulan Jun lalu yang melaporkan kerajaan bersetuju membayar ex-gratia kepada bekas orang kuat 1MDB itu
“Pada Januari tahun ini RM5 juta dibayar kepadanya (di mana) RM2.5 juta sebagai pendahuluan. Selepas 30 Jun, RM2.5 juta (lagi dibayar),” kata Lim semasa menggulung perbahasan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat hari ini.
“Kontrak itu ditandatangani oleh bekas perdana menteri,” tambah beliau
Selain Arul Kanda, Lim juga berkata bekas pengarah SRC International Sdn Bhd, Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Ariff Kamil masing-masing telah dibayar sebanyak RM84,583 dan RM74,583.
Beliau berkata Nik Faisal juga menerima gaji bulanan sebanyak RM335,000 dan bonus sebanyak RM533,000.
“Sejumlah RM106,000 dibayar kepada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) bagi pihak pengarah (Suboh dan Nik Faisal),” katanya. (Sumber: Malaysiakini)
MAT SABU CABAR NAJIB KUTUK DIA DALAM DEWAN NEGARA
Tumbuk bawah pusat dan tidak budiman – itu tanggapan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu terhadap komen Datuk Seri Najib Razak yang mempersendakannya baru-baru ini.
Ditemui media di parlimen hari ini Mohamad berkata sebagai seorang anggota parlimen bekas perdana menteri itu sepatutnya membuat kenyataan itu di dalam Dewan Rakyat.
Disebabkan kritikan tersebut dibuat di luar, Mohamad berkata, beliau tidak akan melayannya.
“Komen di luar saya tak mahu jawablah… saya nak jawab (kalau) komen dalam parlimen.
“Kalau komen di luar, itu orang kata tumbuk di bawah pusatlah (pengecut). Macam tu tak gentleman-lah… marilah komen dalam ni,” katanya mencabar.
Anggota parlimen Kota Raja yang mesra disapa Mat Sabu itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Najib mempertikaikan kemampuannya menjadi menteri pertahanan.
Kata Najib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu dilihat lebih seperti bahan lawak sejak dilantik ke jawatan itu melalui pembentukan kabinet Pakatan Harapan.
Portal FMT melaporkan, Najib – yang pernah menjadi menteri pertahanan selama 14 tahun – memberitahu hadirin dalam program BN di Sungai Kandis baru-baru ini bahawa Mohamad bukan tokoh yang layak diangkat menjadi menteri pertahanan.
“Menteri pertahanan pun kartun. Pakai (topi) beret pun macam kartun, naik kapal perang cakap nak buat kari ikan.
“Awak ini menteri pertahanan, cakap pasal dasar pertahanan negara, jangan cakap nak buat kari ikan. Ini bukan taraf menteri pertahanan, ini joker, ini kartun,” Najib dilaporkan sebagai berkata.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, terlalu awal untuk beliau membuat komen mengenai kemampuannya sebagai menteri pertahanan.
“Saya baru dua bulan jadi (menteri)… nak nilai seseorang yang dua bulan itu, belum tiba masanya.
“Tumpuan saya pada kementerian pertahanan, waktu saya habis masa saya di situ. Soal menilai tunggulah dan lihat,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)
Kredit : khalifahmailonline
Post a Comment