Lelaki Maut, Kanak-Kanak Parah Kereta Bertembung Bas

Lelaki Maut, Kanak-Kanak Parah Kereta Bertembung Bas

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut manakala seorang kanak-kanak perempuan cedera parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Km30 Jalan Johor Bahru-Pontian, berhampiran Ulu Choh, di sini hari ini.

Lelaki Maut, Kanak-Kanak Parah Kereta Bertembung Bas
Lelaki Maut, Kanak-Kanak Parah Kereta Bertembung Bas
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata kejadian pada 4 petang itu menyebabkan Wu Chan Kiong, 51 yang memandu Perodua Axia meninggal dunia di tempat kejadian.

ARTIKEL MENARIK: Pelajar putus kaki bukan angkara basikal lajak


“Siasatan awal mendapati Perodua Axia dari arah Kangkar Pulai menghala ke Pontian itu telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara berdepan dengan bas tersebut.

“Pelanggaran itu mengakibatkan Wu meninggal dunia akibat tersepit di dalam kenderaannya manakala kanak-kanak perempuan yang berada di bahagian penumpang belakang kereta mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya identiti kanak-kanak itu yang dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk dirawat sedang dikenal pasti.


Mayat Wu juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat, katanya. Beliau berkata pemandu bas yang berumur 35 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tiada saksi melihat kemalangan itu dan kemalangan berlaku dalam keadaan cuaca baik, katanya.Kes disiasat mengikut Sesyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post