Jamal masih ditahan pihak polis Indonesia selepas kantoi di kedai gunting rambut. Lama dia menghilang diri, wartawan berjaya temui maknya dan terkejut dengan luahan perasannya yang buat ramai wanita sedih. Allahu.
Lama Menghilang Diri. Luahan Mak Jamal Yunos Ni Buat Ramai Wanita SEDIH |
ARTIKEL MENARIK: MASYA ALLAH...!!! SETAN KAU DIK...!!! Umur Baru Je 14 Tahun...!!! Sanggup Kau HAMILKAN Kakak Kandung Kau Sendiri...???
Hati ibu mana yang tidak sedih dan pilu mengenangkan nasib anak yang menjadi buruan polis.
“Dah kering air mata mak cik mengenangkan nasib bakal dilalui anak.
“Mak cik hanya mampu berdoa, agar ALLAH mudahkan urusannya dalam hadapi saat getir ketika ini,” demikian kata Maimunah Saman, 79, ibu kepada Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Menurut Maimunah, walaupun pelbagai tuduhan dan cacian dilemparkan terhadap Jamal, namun dia dan keluarga tetap menganggap anak keenam daripada sembilan beradik itu sebagai seorang yang bertanggungjawab.
“Sebenarnya orang tak mengenali Jamal, mereka cakap sesuka hati dan tuduh macam-macam.
“Mak cik tak marah apa yang diperkatakan itu, malah jauh sekali nak kecil hati kerana anggap ini hanya ujian buat kami sekeluarga,” katanya.
Menurutnya, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu juga disifatkan anak yang penyayang dan seorang yang mengambil berat.
“Kalau mak cik sakit, dialah yang dulu datang hulur bantuan. Dia akan pastikan mak cik mendapat rawatan terbaik di hospital swasta.
“Bila dia pulang ke rumah, tentunya tak lekang di bibirnya supaya mak cik mendoakan perjalanan kehidupannya sambil memeluk dan mencium tangan mak cik bagi memohon restu,” katanya.
Maimunah berkata, dia tidak lagi bertemu Jamal yang menghilangkan diri sejak selepas PRU14 lalu.
“Lebih sebulan mak cik jatuh sakit sebab terlalu rindukan Jamal. Biar apa pun orang cakap tentang Jamal, mak cik tetap anggap dia anak terbaik,” katanya.
Maimunah turut berharap penahanan anaknya tidak dipanjangkan memandangkan beliau sudah lama tidak pulang berjumpa keluarga.
Katanya, dia terkejut selepas menerima berita Jamal ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) jam 6.15 petang, semalam.
Kakak kepada Jamal, Datin Maskiah Md Yunos, 57, berkata, dia berharap agar masyarakat tidak menghukum sendiri adiknya yang dilihat seolah melakukan kesalahan besar di negara ini.
“Bagi saya, Jamal meletakkan kepentingan rakyat dan negara jauh kehadapan berbanding dirinya sendiri.
“Contohnya, isu pesta arak, saya lihat Jamal lantang dan mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini, sehingga tiada lagi pesta dilakukan secara terang terangan.
“Saya mengharapkan kerajaan hari ini memaafkan kesalahan dia.
“Dia tidak menimbulkan sebarang keganasan hingga mendatangkan mudarat dan mengancam keselamatan kepada masyarakat dan negara,” katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Jamal ditahan Pplri pada 6.15 petang.
Muhyiddin berkata, PDRM telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa pulang Jamal ke negara ini.
Jamal, 48, dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei lalu dengan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang.
Jamal didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Selangor pada 5 Oktober tahun lalu.
Selain itu, beliau turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960. (Sumber: Sinar Harian)
NAJIB MENGAKU TEWAS, MOHON MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA
Selepas penahanan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi, satu video berdurasi 2minit 20n saat dimuat naik ke laman Twitter dan Facebook beliau.
Najib menulis: Saya terima bahawa hari ini adalah hari saya dan keluarga menjalani dugaan dunia.
Ini luahan isi beliau,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekiranya saudara saudari mendengar mesej ini maknanya tindakan telah pun diambil ke atas saya.
Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia berhak mendapat pimpinan terbaik.
Saya telah melakukan sedaya upaya saya, namun saya sedar ia tidak mencukupi kerana saya akui banyak kelemahan.
Namun demikian, saya ingin menyuarakan isi hati saya kepada rakyat Malaysia yang saya kasihi.
Ya, memang saya tidak sempurna seperti manusia biasa, namun percayalah apa yang dituduh ke atas saya tidak semuanya benar.
Memang rumah kami digeledah selama berhari-hari. Memang saya disiasat dan ada barang yang dirampas.
Namun semua ini belum konklusif. Ada banyak berita, gambar yang tersebar sersifat khabar angin, putar belit dan fitnah.
Biarlah siasatan dijalankan dahulu. Saya belum berpeluang untuk mempertahankan diri saya.
Ya saya sudah tewas saya akur keputusan rakyat. Dan saya sedar bahawa kekalahan ini juga bermakna saya terdedah kepada lebih banyak tohmahan yang dahsyat.
Benar semua orang adalah sama rata disisi undang-undang. Bukan sahaja di dunia tetapi juga balasan di akhirat.
Tiada sesiapa yang akan terlepas, termasuklah sang penguasa di dalam kerajaan hari ini dan mereka yang menyebar khabar angin serta mengaibkan orang lain.
Saya terima bahawa hari ini adalah hari saya dan keluarga menjalani dugaan hidup. Saya tetap bersyukur kerana tidak semua yang berpeluang menjalani dugaan dunia.
Kita semua tahu bahawa dugaan di akhirat adalah jauh lebih perit. Saya akan hadapi dengan tabah, sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui, maha mengasihani dan maha penyayang, sekian sahaja dari saya.
Najib ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta kira-kira jam 3 petang tadi.
Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.
Tiga kereta milik SPRM dilihat memasuki perkarangan kediaman Najib dipercayai kira-kira jam 2 petang tadi.
Ketiga-tiga kereta berkenaan termasuk sebuah kereta Proton Inspira berwarna merah dinaiki Najib dilihat keluar dari perkarangan rumah kediaman pada jam 3.07 petang tadi. (Sumber: Sinar Harian)
Post a Comment