Khir Toyo Pun Keluar Umno?

Khir Toyo Pun Keluar Umno?

SHAH ALAM - Timbul spekulasi mengatakan calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Dr Khir Toyo keluar parti selepas tewas dalam pemilihan.

Khir Toyo Pun Keluar Umno?
Khir Toyo Pun Keluar Umno?
Menurut mesej yang tersebar di aplikasi Whatssap, Khir dikatakan keluar Umno kerana kecewa apabila ada pemimpin yang menjadi buruan polis menang pemilihan.

Beliau juga didakwa telah hilang kepercayaan kepada Umno dan berpandangan tiada guna kekal dalam parti itu.

ARTIKEL MENARIK:  Kami Sangka Kami Tak Boleh Menang Pru 14, Jadi Kami Beri Janji Yang Kuat Yang Sukar Untuk Kami Tunaikan, Ujar Tun Dr Mahathir


“Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana saya akan meninggalkan perjuangan dalam Umno kerana tak boleh fikir bagaimana orang seperti (Datuk Seri) Jamal Yunos masih dipilih menjadi pemimpin bahagian.


“Orang yang dalam buruan polis dengan longgokan kes jenayah yang masih menantinya masih dipilih kerana pengaruh wang,” kata mesej itu yang dikatakan daripada Khir.

Bagaimanapun, Khir ketika dihubungi Sinar Harian enggan mengesahkan atau menafikan kesahihan mesej itu.


Sebaliknya, beliau berkata akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Bekas Menteri Besar Selangor itu sebelum ini membuat kemunculan semula dalam politik dengan menawarkan diri bertanding jawatan Ahli MT namun tewas.

Beliau juga kalah dalam persaingan jawatan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar kepada Jamal.

Kredit - Wartawan FB

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post